Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Sabah yang ke-50. Disini, pihak United Varsity Student of Borneo (UVSB) berasa amat kesal dan mengecam keras tindakan yang "tidak matang" dan "Kurang ajar" oleh pelajar senior daripada UiTM cawangan Sabah. Perlakuan yang menyeksa dan membuli pelajar junior merupakan satu bentuk jenayah yang perlu diambil tindakan sewajarnya.
Buli merupakan perbuatan berunsur ganas seperti mendera, mempermain, menggertak atau menakut-nakutkan pelajar atau kumpulan pelajar yang biasanya lemah atau pun junior. Salah laku ini boleh mendatangkan kesan fisiologi mahu pun psikologi kepada mangsanya.
Buli terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut:
- Buli Bahasa
- Buli Fizikal
- Buli Isyarat
- Buli Perhubungan
Buli adalah salah laku / kesalahan serius yang melanggar peraturan sekolah mahupun universiti. Pesalah boleh dikenakan hukuman bergantung kepada kesan dan kekerapan buli itu dilakukan. Tindakan sewajarnya harus diambil oleh pihak UiTM dan pihak UiTM perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian kerana tidak menjalankan pemantauan terhadap aktiviti yang dijalankan oleh mahasiswa/siswi UiTM.
Sebagai seorang Mahasiswa/siswi yang senior, sepatutnya menjadi contoh dan teladan dalam membimbing pelajar-pelajar junior. Tindakan seumpama ini telah meninggalkan satu tanggapan/persepsi yang amat negatif terhadap senior UiTM.
Pelajar junior yang dibuli, yang menjadi mangsa buli, diharap mendapatkan rawatan daripada pegawai perubatan dan jikalau terdapat kecederaan yang serius, sila buat laporan polis agar satu pengadilan dapat dilakukan terhadap golongan pembuli yang bergelar "Senior UiTM".
Pihak UVSB berharap perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi dan ia dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pelajar terutamanya senior untuk mana-mana Institut Pengajian Awam mahupun swasta.
0 comments :
Post a Comment