Tuesday 19 March 2013

Perjumpaan Generasi Muda Sabah



Salam Sejahtera, Salam Hormat, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Sabah yang Ke-50. Pada 30 Mac 2013, pihak United Varsity Student of Borneo (UVSB) ingin menjemput pelajar Universiti dan Kolej untuk hadir bersama-sama dalam satu Perjumpaan Generasi Muda Sabah. Perjumpaan ini khasnya untuk Generasi Muda Sabah sahaja kerana pihak UVSB ingin menyampaikan satu mesej yang sangat penting kepada Generasi Muda Sabah. Ini adalah disebabkan Generasi Muda Sabah merupakan pemimpin yang bakal mentadbir negara di masa hadapan.

Pihak UVSB juga ingin memberi kesedaran kepada Generasi Muda mengenai sejarah sebenar Sabah sebagai sebuah NEGARA yang MERDEKA dan BERDAULAT. Negar Sabah yang telah membentuk Persekutuan Malaysia bersama-sama dengan Negara Sarawak, Negara Singapura dan Negara Persekutuan Malaya pada 16 September 2013.

Perjumpaan ini akan bermula dari jam 2.00pm-5.00pm di "Sabah Golf and Country Club". Semoga Generasi Muda Sabah mengambil kesempatan yang amat berharga ini untuk meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab diri kepada Bangsa Sabah (yang terdiri daripada lebih 37 etnik), Agama (Islam,Kristian,Buddha) dan Negara Sabah.

Sebarang pertanyaan, sila tinggalkannya melalui komen dibawah ini. Terima kasih.

Harap maklum.

2 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...