We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Tuesday, 19 March 2013

Perjumpaan Generasi Muda Sabah



Salam Sejahtera, Salam Hormat, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Sabah yang Ke-50. Pada 30 Mac 2013, pihak United Varsity Student of Borneo (UVSB) ingin menjemput pelajar Universiti dan Kolej untuk hadir bersama-sama dalam satu Perjumpaan Generasi Muda Sabah. Perjumpaan ini khasnya untuk Generasi Muda Sabah sahaja kerana pihak UVSB ingin menyampaikan satu mesej yang sangat penting kepada Generasi Muda Sabah. Ini adalah disebabkan Generasi Muda Sabah merupakan pemimpin yang bakal mentadbir negara di masa hadapan.

Sunday, 17 March 2013

Senior UiTM Cawangan Sabah yang tidak Professional.



Salam sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Kemerdekaan Sabah yang ke-50. Disini, pihak United Varsity Student of Borneo (UVSB) berasa amat kesal dan mengecam keras tindakan yang "tidak matang" dan "Kurang ajar" oleh pelajar senior daripada UiTM cawangan Sabah. Perlakuan yang menyeksa dan membuli pelajar junior merupakan satu bentuk jenayah yang perlu diambil tindakan sewajarnya.

Buli merupakan perbuatan berunsur ganas seperti mendera, mempermain, menggertak atau menakut-nakutkan pelajar atau kumpulan pelajar yang biasanya lemah atau pun junior. Salah laku ini boleh mendatangkan kesan fisiologi mahu pun psikologi kepada mangsanya.

Wednesday, 13 March 2013

United Varsity Students of Borneo (UVSB)


United Varsity Student of Borneo (UVSB) atau Pelajar Universiti Bersatu Borneo (PUBB) telah diwujudkan adalah untuk menyedarkan Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak tentang sejarah sebenar Sabah dan Sarawak sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat pada 31 Ogos 1963 & 22 Julai 1963 dan isu-isu yang menjadi penyebab mengapa keadaan Negara Sabah dan Negara Sarawak telah mengalami kemerosotan dalam aspek pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Atas kemerosotan ini, Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak telah menerima kesan yang negatif sehinggakan tidak memahami akan peranan mereka dalam pembangunan Negara Sabah dan Negara Sarawak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...