Wednesday 8 May 2013

Saat yang mengubah pandangan dan hidup saya mengenai Negara ku, Sabah...


Pada 4 April 2013, satu program ceramah anjuran “United Varsity Student Of Borneo” telah diadakan di Sabah Goft and Country Club. Ahli yang menyertai program ini terdiri daripada golongan intelektual iaitu di kalangan pelajar Universiti. Program telah di mulakan pada jam 2.00 petang. Semua ahli telah berkumpul seawal jam 12.00 tengah hari untuk bertolak ke Sabah Golf and Country Club untuk menghadiri majlis tersebut.



Semasa berada di sana, ceramah ini telah mendedahkan tentang sejarah sebenar Negara Sabah yang selama ini telah dikaburi dengan sejarah yang telah diubah dan ditokok tambah. Pendedahan ini juga telah memberi pengetahuan baru kepada saya dan juga para peserta lain bahawa selama ini, Sabah merupakan sebuah Negara yang telah mendapat kemerdekaan daripada pihak British dan bukannya daripada pihak Malaya dan paling penting sekali ialah, Sabah bukanlah negeri ke-12 di Malaysia seperti yang telah diwar-warkan dalam sejarah yang telah dipelajari oleh kami sejak daripada sekolah rendah lagi. Hakikatnya, Sabah merupakan sebuah Negara yang telah dijajah oleh pihak British dan telah diberi kemerdekaan untuk berkerajaan sendiri.

Selain itu juga, melalui ceramah program anjuran “United Varsity Student Of Borneo” ini juga telah mendedahkan tarikh sebenar kemerdekaan Negara Sabah iaitu pada 31 Ogos 1963 dan bukannya pada 16 September 1963. Hal ini demikian kerana, pada 16 September 1963 merupakan tarikh pembentukan Perlembagaan Malaysia yang telah wujud hasil daripada gabungan empat buah negara, iaitu Sabah, Sarawak, Singapura, dan juga Malaya. Justuru itu, tarikh kemerdekaan Sabah seperti yang telah diutarakan sebenarnya bukanlah pada tarikh tersebut. Tambahan pula, ceramah ini telah membuka kotak fikiran saya dan juga para peserta yang lain untuk memikirkan kerelevanan Perlembagaan Malaysia 1963 setelah Singapura keluar daripada Pembentukan Malaysia tersebut.


Dalam pada itu, melalui program ceramah ini juga, saya dan juga para peserta lain telah didedahkan dengan satu pengetahuan baru yang mungkin tidak pernah sebarkan dan didedahkan terutama kepada penduduk Sabahan itu sendiri, iaitu kewujudan Batu Sumpah yang berada di Sabah yang mencatatkan hak istimewa peribumi Sabah yang harus diakuri oleh pihak Malaya. Namun kini, kenyataan-kenyataan yang tercatat pada batu tersebut tidak lagi dihiraukan, terutamanya kerajaan Malaya.

Seterusnya, ceramah ini juga telah mengungkar kejadian “Grace-point” yang telah menyebabkan terbunuhnya pemimpin-pemimpin Negara Sabah yang telah terbunuh akibat daripada nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976. Peristiwa ini berlaku akibat daripada kegagalan rundingan upacara penandatanganan perjanjian minyak dengan petroleum di Labuan kerana telah ditangguhkan oleh Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Peristiwa tersebut benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada saya dan juga para peserta yang lain kerana perjuangan Tun Fuad Stephan amat memberi besar sekali kepada rakyat Sabah kerana beliau telah memikirkan kesan yang buruk terhadap ketidakadilan perjanjian petroleum tersebut dan telah dibalas dengan kekejaman.


Dalam pada itu juga, ceramah ini telah menjemput Datuk Jeffry Kitingan untuk memberikan ceramah serba sedikit mengenai perjuangan yang harus dilakukan oleh rakyat Sabah untuk menegakkan keadialan dan mendapatkan semula hak-hak mutlak dan kuasa autonomi Sabah yang selama ini telah ditindas oleh kerajaan Malaya. Tambahan pula, beliau juga telah merasmikan penubuhan kelab ini sebagai sebuah pertubuhan rasmi di bawah NGO.

Kesimpulannya, setelah mendengar ceramah dan maklumat yang telah disampaikan dalam sesi ceramah tersebut, terdapat banyak maklumat yang telah diperolehi oleh saya dan juga para peserta lain yang merupakan bakal-bakal pemimpin Negara Sabah pada masa akan datang. Walaupun selama ini telah dibutakan dengan sejarah-sejarah yang telah ditokok tambah dan dipalsukan, perkara tersebut bukanlah salah satu halangan untuk kami berusaha memperjuangkan mempertahankan Negara Sabah. Hal ini kerana, kami sebagai generasi muda Sabah dan merupakan golongan interlektual Negara Sabah ini harus menyampaikan maklumat dan Sejarah sebenar dan apa yang telah berlaku selama ini. “Kalau bukan kita, siapa lagi?”, “Kalau bukan sekarang, bila lagi?” 


Kita adalah Harapan Negara Sabah

Sekian Terima Kasih.

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...