We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Wednesday, 21 June 2017

Tragedi Double Six Selamanya Didalam Memori Sabahan


Double 6 tragedy merupakan peristiwa tentang kisah nahas kapal terbang yang telah berlaku pada 6th June 1976 yang mana kejadian ini telah mengorbankan 11 nyawa termasuk 4 kabinet menteri termasuk juga Ketua Menteri Sabah Tun Muhammad Fuad Donald Stephens. 

Kejadian Double 6 kini sudah genap 41 tahun pada tahun 2017 namun masih menjadi bahan bualan umum yang tidak pernah berkesudahan terutama sekali bangsa Negara sabah atas pemergian tokoh-tokoh Sabah ini. Walaupun punca kemalangan sebenar  masih belum didedahkan secara rasmi sehingga sekarang, mereka inilah yang bertanggungjawab dalam mempertahankan hak-hak Sabah dalam persekutuan Malaysia.

Pada 6th june 2017 bersamaan hari selasa yang lalu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organisation) Suduvan Sabah sekali lagi telah mengadakan majlis memperingati Double 6 ini dengan menjemput seluruh rakyat Sabah untuk menghadiri majlis tersebut bagi memperingati tokoh-tokoh Sabah yang terkorban dengan kerjasama parti-parti politik Sabah melalui  Gabungan Sabah dan beberapa penyertaan daripada NGO yang terlibat. 

Secara professionalnya, ahli-ahli parti politik di alu-alukan untuk hadir bersama tidak kira dari parti politik yang berbeza ideologinya kerana memperingati double six ini lebih kepada penghormatan kita kepada mereka sebagai Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah. 

Majlis memperingati double six tersebut bermula pada jam 9 pagi yang mana semua rakyat Sabah berkumpul di Grace Point Sembulan, Kota Kinabalu bagi melancarkan majlis tersebut. 

Grace Point Sembulan adalah tempat di mana rakyat dan wakil rakyat Sabah berkumpul pada hari tersebut, kerana disitulah lokasi dimana kapal terbang yang dinaiki oleh tokoh-tokoh Sabah tersebut meletup dan terhempas kira-kira pada jam 4 petang dan hal ini sungguh menyedihkan kepada seluruh  rakyat Sabah. 

Pada hari tersebut pengajuran majlis bagi memperingati Double 6 itu telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dikalangan rakyat Sabah sendiri yang juga terdiri daripada kumpulan Generasi Muda Bangsa Negara Sabah. 

Seperti yang kita tahu, ini adalah merupakan berita yang baik dan mengembirakan kepada rakyat Sabah yang mana sejarah yang tidak pernah didedahkan secara umum, tetapi telah mendapat sambutan yang sangat baik di majlis memperingati tragedi Double 6. 

Hal ini dapat membuktikan bahawa rakyat Sabah sendiri sudah peka dan sedar akan tentang sejarah yang penting ini untuk diketahui dan didedahkan dikalangan Generasi Muda Negara Sabah walaupun sejarah ini tidak didedahkan secara umum didalam pembelajaran buku sejarah sekolah.

Sepanjang majlis ini berlangsung, dapat disaksikan semua rakyat Sabah yang berada di sana adalah terdiri daripada perjuang-pejuang yang bersatu dalam memperingati dan menghormati pemimpin-pemimpin yang sungguh memberi impak kepada Negara Sabah. 

Walaupun cuaca pada waktu itu sekitar jam 10 pagi, ia agak panas namun itu tidak menjadi penghalang semangat untuk turut serta dalam majlis tersebut. 
  
Penganjuran majlis memperingati tragedi Double 6 bukan hanya sekadar memberi penghormatan kepada pemimpin yang terkorban tetapi juga majlis tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan sesama dikalangan pejuang-pejuang Negara Sabah khususnya generasi muda.

Jika anda adalah salah seorang yang hadir ke majlis tersebut, anda harus berbangga kerana anda adalah salah seorang yang telah mengetahui sejarah hitam Sabah.

 Dengan itu jangan kita biarkan sejarah Sabah khususnya dalam hal ini dihapuskan dengan begitu sahaja kerana generasi akan datang juga harus mengetahuinya seperti mana kita mengetahui sejarah Double 6 ini. 

Marilah kita bersama-sama bersatu dalam memperjuangkan hak-hak kita dan terutamanya dalam membongkarkan segala sejarah Sabah yang tidak pernah didedahkan. 

Salam perjuangan wahai bangsa Negara Sabah dan terutamaa kepada generasi muda! 

Sabah for Sabahans!

Felsie Joy Pillin - Mosuyun
Presiden UVSB


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...