We Rise Together To Protect Our Beloved Country
We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!
Tuesday, 16 May 2017
"Tiada Masa Untuk Berdiam Kerana Masanya Telah Tiba"
Generasi muda adalah jentera baru yang akan menentukan halatuju akan sesuatu Negara di masa akan datang.
Negara Sabah sendiri memerlukan tenaga, minda, dan kekuatan generasi muda ini untuk mengubah nasib keadaan negara Sabah dengan memperjuangkan hak-hak bangsa negara Sabah demi kepentingan bersama di bumi dibawah bayu ini.
Saya mewakili United Varsity Students of Borneo (UVSB) mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan pendapat bebas saya sebagai salah seorang generasi muda Negara Sabah mengenai pentingnya kita untuk teruskan perjuangan nenek moyang didalam mempertahankan hak-hak yang telah dirampas daripada kita melalui saluran politik yang sudah lebih daripada 50 tahun sejak terbentuknya Negara Sabah sebagai sebuah kerajaan dengan status Berkerajaan sendiri atau Self-Government pada 16 September 1963.
Wahai generasi muda Negara sabah, kitalah yang akan meneruskan perjuangan nenek moyang kita dan kita jugalah yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara kita sendiri nanti.
Kalau bukan kita yang akan mempertahankan hak-hak kita sebagai orang Sabah sendiri, siapakah yang harus kita harapkan?
Dengan keadaan masalah gejala sosial seperti masalah pendatang tanpa izin yang masih tiada jalan penyelesaiannya malah semakin banyak kedatangan mereka di Negara kita, umum tahu kedatangan mereka ini sangat-sangat membahayakan orang-orang tempatan dan ini telah dibuktikan melalui laporan polis seperti yang telah disiarkan didalam beberapa khabar yang mana pendatang tanpa izin ini telah menganggu kenteteraman dan keselamatan orang sabah sendiri. Ini bukanlah perkara yang baru bagi kita malah perkara ini telah semakin lama menjadi tidak terkawal. Kita melihat berlakunya kejadian baru-baru ini yang mana warga muda Sabah telah ditikam, ada yang dijadikan tebusan oleh warga pendatang tanpa izin dan bermacam-macam lagi.
Warga generasi muda sekalian, ini adalah satu petanda yang jelas sekali bahawa pendatang tanpa izin berasa begitu selesa sekali berada di bumi kita dan menjadikan Negara Sabah seperti negara mereka sendiri dengan mengamalkan budaya negatif seperti samseng, mencuri, merompak, membunuh dan seumpamanya keatas orang-orang tempatan diseluruh pelosok negara Sabah. Adakah kita bangsa yang lemah dan mudah menjadi sasaran, yang dapat diugut, diancam keselamatan di tanah tumpah kita sendiri? Dan membiarkan golongan tanpa izin ini untuk terus berkuasa di Negara Sabah dengan sokongan-sokongan pemimpin yang mempunyai kepentingan politik keatas mereka?
Generasi muda Negara sabah sendiri tidak puas hati akan sikap pendatang tanpa izin ini tetapi adakah kita sebagai generasi muda memainkan peranan masing-masing dalam menangani pendatang tanpa izin ini daripada terus berkuasa di setiap kawasan masing-masing? Atau kita sebagai generasi muda hanya membiarkan hal ini berlaku sehingga keadaan menjadi tidak terkawal?
Generasi muda Negara Sabah, marilah kita saling berganding bahu dalam mengelakkan hal ini daripada terus berlaku dan bersatu hati dalam setiap apapun perjuangan untuk mempertahankan hak-hak kita dan kedudukkan sebagai perjuang generasi muda untuk masa depan. Bangunlah dari kegelapan yang menimpa nasib kita sebagai seorang insan yang bergelar sabahan dan marilah kita saling menyebarkan kebenaran akan hak-hak sebagai seorang Sabahan yang memperjuangkan nasib orang sabah sendiri.
Ingatlah dan tanamlah dalam diri kita semua bahawa sebagai generasi muda Sabahan, kita bukan golongan pembangkang apabila menyoal dan mengkritik sesuatu perkara dengan tujuan yang baik, tetapi adalah sebagai golongan pelapis kepimpinan dan pejuang yang akan mengubah nasib masa depan generasi akan datang melalui kerjasama yang dihulurkan kepada generasi veteran/orang tua dengan membina Negara Sabah secara progresif melalui saluran demokratik iaitu politik demi menjaga dan mempertahankan hak-hak Sabahan, kerana semua hak-hak di Negara Sabah adalah milik orang Sabah sendiri, Sabah untuk Sabahans!
Selain itu, seperti yang dapat kita lihat sekarang, terdapat banyak generasi muda yang buta politik atau tidak minat akan isu-isu politik yang sedang berlaku khususnya yang melibatkan isu mengenai Sabah dan sejarahnya. Ingin saya katakan disini bahawa politiklah yang akan memainkan peranan yang penting untuk menentukan nasib kita (dalam konteks yang luas). Sebagai generasi muda, kita perlu sentiasa ingat bahawa setiap perkara sememangnya melibatkan politik secara tidak langsung dan janganlah kita sebagai generasi muda mengamalkan sifat berkecuali atau membutakan mata, mendiamkan mulut dan memekakkan telinga tentang isu-isu politik seperti masalah pembangunan infrastruktur awam, air, elektrik, jalan raya, kesihatan, keselamatan, kebajikan, pendidkan, perniagaan dan sebagainya kerana jika kita sebagai generasi muda yang bertanggungjawab, sudah tentu kita akan sedar bahawa kepimpinan Negara Sabah dimasa akan datang akan diserahkan kepada kita sama ada kita mahu ataupun tidak.
Tidak mustahil dimasa akan datang, bukan bangsa Negara Sabah sendiri yang akan mempimpin Negara kita ini malah jawatan-jawatan dalam sektor pentadbiran awam juga akan dikuasai oleh orang luar jikalau kita memilih pendirian dan pandangan untuk membenci politik. Ini disebabkan golongan seperti yang tidak suka politiklah yang akan menjadi mangsa kerakusan ahli-ahli politik yang ingin menguasai kuasa politik untuk tujuan tidak baik.
Ingin saya tekankan disini juga bahawa hal seperti ini tidak mustahil akan berlaku kerana ia sememangnya sedang berlaku tetapi masih berada didalam skala yang boleh dibendung. Jika warga generasi muda bangsa Negara Sabah sendiri memilih untuk teruskan sikap atau mentaliti atau mindset seperti yang telah saya nyatakan diatas ini, saya khuatir sangat-sangat bahawa segala yang ditakuti itu akan menjadi kenyataan dan penyesalan dikemudian hari.
Bangunlah generasi muda bangsa Negara sabah dalam mempertahankan setiap hak-hak kita demi kepentingan Negara kita, generasi kita selari dengan lagu kebangsaan Sabah Tanah Airku itu.
Jangan biarkan generasi akan datang berasa kecewa dengan sikap kita yang tidak peka akan nasib Negara Sabah ini kerana saya sebagai generasi muda Negara Sabah tidak ingin keadaan yang menimpa kita sekarang ini menimpa kepada generasi yang akan datang.
Sebagai salah seorang pejuang generasi muda bangsa Negara Sabah tidak kira had umur, jantina atau pun agama yang kita anuti, matlamat sesuatu perjuangan adalah untuk menuntut dan mempertahankan hak-hak kita yang telah dirampas secara politik. Sejarah sudah membuktikan bahawa sesuatu perjuangan itu dapat mengubah hidup sesebuah bangsa negara untuk manfaat generasi mereka dimasa akan datang.
Saya mewakili pihak UVSB jua ingin menyeru kepada semua generasi muda bangsa Negara Sabah untuk menanam sikap bersatupadu dalam usaha berjuang dengan matang selari dengan bangsa yang bertamadun di abad ke-21 ini dan juga sentiasa berusaha mencari kebenaran tentang fakta-fakta sejarah Sabah untuk dijadikan sandaran rujukan bagi memandu langkah-langkah penting dalam memutuskan sebarang bentuk keputusan yang akan memberikan implikasi kepada kita semua.
Seperti yang kita sedia maklum juga, sebagai generasi muda, terdapat banyak sejarah dan fakta yang telah diputar-belitkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan motif untuk menyesatkan dan membingungkan golongan kita sebagai generasi muda, agar kita tidak mampu mengetahui sesuatu fakta yang dapat menguatkan identiti bangsa yang seterusnya membangkitkan perjuangan bangsa. Ini bukan hanya berlaku di Negara Sabah sahaja tetapi juga kepada warga Bangsa Negara Sarawak sendiri. Atas sebab kefahaman inilah kita sudah tidak boleh memilih untuk berkecuali dalam soal memperjuangkan dan mempertahankan hak kerana ia bukan satu pilihan sebaliknya adalah satu tanggungjawab yang mesti dipikul sebagai seorang pejuang yang akan berjuang demi bangsa Negara kita dengan semangat patriotisme atau semangat cintakan tanah air. Ini kerana, Sabah hanya untuk Sabahan dan begitu juga disebaliknya bahawa Sarawak for Sarawakian.
Akhir kata, kita sebagai bangsa Negara Sabah dan bangsa Negara Sarawak (bangsa Borneo) mempunyai hak mutlak untuk melibatkan diri didalam arena pentas dunia politik kerana ini adalah tanggungjawab kita dan peranan ini perlu dilaksanakan sehabis baik. Cukup sudah kita dibutakan dengan segala macam kepalsuan dan penipuan yang menyebabkan kita diperbodohkan untuk menjadi bodoh tentang hak-hak kita semua.
Dengan mengetahui, mempelajari dan menyelami sejarah negara kita dengan sepenuh jiwa dan raga, akan terpancar cahaya kebenaran fakta bahawa hak-hak kita mesti diperjuangkan dan dipertahankan oleh kita semua dan sebagai generasi muda, isu-isu semasa akan menjadikan kita peka dan matang untuk melihat kebenaran dan kepalsuan yang berligar-ligar diruangan media massa sekarang.
Dengan tibanya PRU yang ke 14 ini yang akan menjelang tidak lama lagi, kepada generasi muda yang layak untuk mengundi, ingin saya serukan disini agar anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai generasi muda yang cintakan tanah tumpah darah kita ini kerana anda memainkan peranan yang sungguh penting sekali. Kempipinan dan perjuangan anda sebagai generasi muda diperlukan untuk mempertahankan hak-hak sebagai warga Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.
Marilah kita bangkit sebagai bangsa memperjuangkan hak selari dengan kebenaran sebagai seorang Nasionalis. Sekali lagi ingin saya katakan di sini, kita generasi muda bukanlah seorang pembangkang tetapi kita adalah golongan perjuang yang akan berjuang untuk masa depan Negara kita, Sabah for Sabahans dan Sarawak for Sarawakians!
Felsie Joy Pillin - Mosuyun
Presiden
United Varsity Students of Borneo
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)