We Rise Together To Protect Our Beloved Country
We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!
Wednesday, 13 November 2013
Jangan Terus Didodoi Dengan Mimpi Indahmu Dengan Apa Yang Diberikan Kepadamu...
14:16
Agenda Borneo
,
Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak
,
Negara Sarawak Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
UVSB
No comments
Shalom... Selamat sejahtera dan salam satu wadah perjuangan warga borneo...
Generasi Muda bakal peneraju tampuk kepimpinan, tanpa kesedaran hilanglah ia....
Ayuh Generasi Muda... Kita bangkit, berjalan seiring, bersama-sama mengorak langkah bersama dengan Masa Depan Negara Sabah dan Negara Sarawak! Hilang kesedaran hilanglah perjuangan, hilang bersefakatan hilanglah perpaduan...
Bangkitlah wahai Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Jangan terus didodoi dengan mimpi indahmu dengan apa yang diberikan kepadamu, kemewahan yang diberi pasti ada di sebaliknya... Aman tidak semestinya tidak ada penyelewengan, janganlah menjadi generasi muda yang boleh berkata-kata namun bisu berbicara, jadilah Generasi Muda yang walaupun tidak mampu berkata-kata namun petah berbicara...
Lihatlah persekitaran kita, duri dalam daging, musuh dalam selimut yang diam dalam negara kita sudah mula menggigit kita secara perlahan-lahan... Sedarkah kita dengan perkara ini ataupun sedar namun kita membutakan mata ataupun sedar namun hanya membisu...? Lihatlah apa yang telah diambil daripada kita yang sepatutnya menjadi hak kita, sedarlah wahai anak muda... Bersamalah bergandingan tangan walaupun tidak petah bicaramu, bersamalah mengorak langkah walaupun perlahan langkahmu, bersamalah dalam satu perjuangan walau onak duri menghalang...
Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Siapa kita untuk Negara Sabah dan Negara Sarawak? Adakah sekadar peneraju kepimpinan di Masa Hadapan? Adakah merelakan hak kita dirampas? Adakah hanya menjadi "Pak Turut"??? Adakah akan terus menjadi boneka permainan mereka untuk kepentingan mereka??? Lihat saja sekeliling kita... Adakah kita semaju seperti yang dibicarakan??? Adakah kita mendapat apa yang dijanjikan??? Yakinkah anda semua dengan istilah "SABAH DAN SARAWAK AKAN MAJU 50 TAHUN LAGI"??? kenapa perlu 50 puluh tahun lagi kenapa tidak bermula daripada 50 tahun yg lalu??? Setelah puas mengikis sumber, janji manis ditaburkan bagi menutup penyelewengan... Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak... Sedarkah kita tetang hal itu... Tidak layakkah kita menikmati pemodenan yang sekata??? Tidak layakkah kita untuk merasai apa itu pembangunan??? Tidak layakkah kita untuk menikmati apa yang sepatutnya menjadi hak kita??? Tidak layakkah kita menuntut apa yang harus menjadi hak kita??? Tidak layakkah kita untuk bersuara berkongsi pendapat??? KITA SEMUA LAYAK UNTUK ITU!!! Namun kerana KEBISUAN/ KELAPAAN/ KELALAYAN/ SIFAT MERELAKAN yang ada dalam diri kita menyebabkan mereka dengan sewenang-wenangnya menafikan apa yg kita perlu tuntut...
Jangan takut untuk mengatakan apa itu politik kerana kita (Generasi Muda) wajar mengetahuinya... Politik boleh membawa Penindasan namun juga boleh membawa Pembelaan....
"Satu Hati, Satu Harapan, Satu Tujuan... Generasi Muda... Ayuh Berjalan Seiring!"
Tahu "Menyalak" Kalau Hak Itu Sudah Dirampas...
05:03
Agenda Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
UVSB
No comments
Saya hairan dengan sesetengah Orang Asal Negara Sabah yang berabis mahu mempertahankan hak mereka terutamanya hak mengenai tanah adat. Mereka berjuang habis-habisan untuk mempertahankannya. Banyak kata-kata kesat yang dilemparkan kepada 'kerajaan' jika hak mereka ditindas dan tidak dihormati.
Apa yang saya hairan di sini, bila diperhatikan, mereka sendiri yang menyokong/membantu si 'kerajaan' itu. Lihat saja kawasan mereka. Jelas ada 'lambang' siapa yang mereka sokong. ''Sama-sama masuk timbangan''. Tahu ditindas, tahu tidak dihormati, tahu akan dimungkiri tapi masih berdiam. Umpama berteriak dalam air.
Hei Orang Asal, buka mata kamu! Jangan memperbodohkan diri sendiri. Tahu 'menyalak' kalau hak itu sudah dirampas tapi tidak sedar dengan siapa dia berkerjasama. Mereka mentertawakan kamu. Sebab bagi mereka kita itu tidak tahu apa-apa, yang kita tahu hanya minta 'bantuan'. Kamu terjerat dengan tindakan sendiri. Jangan sudah hilang baru mahu menyesal. Sesal kemudian tiada guna. Selagi masih punya kesempatan, mari bersama mengubah nasib Negara Sabah mahu pun Negara Sarawak.
Tuesday, 12 November 2013
Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Malaysia: Part 1/2 (WAJIB BACA!)
03:09
20 Perkara
,
Agenda Borneo
,
Facebook UVSB
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
Sabah
,
Sejarah
,
UVSB
No comments
"Pelarian dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut..."
1961-1963
Cadangan penubuhan Malaysia oleh Perdana Menteri Malaya, allahyarham Tunku Abdul Rahman telah diumumkan pada bula Mei 1961. Ketika itu, sebilangan besar rakyat (North Borneo) terperanjat tentang pengumuman itu di mana mereka tidak pernah menduga atau menyedari tanda-tanda perkembangan politik yang akan membawa ke arah itu. Orang-orang Borneo seperti North Borneo (Sabah), Sarawak dan Brunei telah tertarik dengan bayangan masa depan untuk mencapai kemerdekaan dan pemerintahan sendiri. Mereka lebih senang dengan adanya pencapaian kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
Walaupun beberapa cadangan telah dibuat untuk menyatukan kesemua wilayah British Malaya, Singapura, Brunei dan Borneo dalam gabungan, tetapi mereka tidak membayangkan untuk menjadikannya dalam konteks persekutuan.
Pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah menimbangkan ada baiknya supaya ketiga-tiga wilayah Borneo untuk membuat carta kuasa bersama, dan tidak perlu untuk bersama Malaya dan Singapura hanya untuk perpaduan dan kemajuan. Rakyat di ketiga-tiga wilayah telah lama menganggap dan berpendapat bahawa kuasa jajahan (colony) British akan membawa mereka ke arah kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, telah menjadi isu hangat dan menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat Sabah sehinggalah timbulnya perselisihan faham dan sikap permusuhan. Donald Stephens telah memberi amaran "sekiranya North Borneo bergabung dengan Malaya, maka orang Malaya akan mengambil-alih jawatan-jawatan tertinggi". (News Straits Times, 19 Julai 1961).
Tetapi pada ketika itu juga, cadangan tersebut telah memperhebatkan perkembangan politik di Sabah. Dalam proses pembentukkan negara sejak bulan Mei 1961 dan sehinggalah Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 16hb. September 1963. Buat pertama kalinya rakyat Sabah menganggotai perbincangan politik secara diplomasi dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Antara Kerajaan.
Kandungan laporan IGC adalah rangka bentuk Malaysia sebagai sebuah negara. Jesteru itu, Sarawak dan Sabah telah menyatakan beberapa perkara penting untuk menjadi anggota Malaysia, iaitu laporan IGC mestilah mengandungi syarat-syarat serta perlindungan yang dikehendaki oleh kedua-dua wilayah tersebut sebelum mencapai persetujuan.
Kebanyakan syarat-syarat yang terkandung dalam "20 Perkara" telah dapat dipenuhi sepertimana yang dikehendaki oleh pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak kepada Kerajaan Persekutuan mestilah memenuhi segala syarat-syarat tersebut sekiranya kedua-dua wilayah tersebut menganggotai Malaysia.
Pada bulan September 1963, barulah disedari sebenarnya akibat cadangan penubuhan Malaysia. Cadangan Malaysia bukan sahaja menghapuskan penjajahan dari luar tetapi amatlah ketara sekali bahawa betapa hebatnya kemunculan penubuhan parti-parti politik di Sabah. Terdapat lima buah parti politik yang ditubuhkan setakat dalam tahun 1962. Dalam tahun 1961, UNKO telah ditubuhkan dan ianya sebuah parti yang dianggotai oleh sebilangan besar kaum kadazan dipimpin oleh Donald Stephens. Kemudian parti UNKO telah bergabung dengan Pasok Momogun menjadi UPKO pada bulan Jun, 1964. Pari USNO (United Sabah National Organisation) telah pun ditubuhkan lebih awal pada bulan Disember 1961, yang dipimpin oleh Datu Mustapha bin Datu Harun. Kemudian beberapa lagi parti politk telah ditubuhkan seperti Democratic Party dan United Party yang mana kemudiannya telah diubah menjadi Sabah Chinese Association (SCA).
1963-1967
Untuk menyatukan "kaum melayu" di wilayah Borneo, telah mendorong penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Dengan itulah majoriti kaum melayu diberi jaminan apabila masyarakat melayu lebih ramai daripada masyarakat Cina. Jika sebaliknya, mungkin nisbah kaum dapat diseimbangkan sekirannya Singapura bersama-sama dalam Persekutuan.
Donald Stephens telah menuntut hak samarata untuk bersuara dalam perlaksanaan Kerajaan Persekutuan dan mengasaskan serta mengkaji semula Perjanjian Malaysia. Sejajar dengan haluan Singapura, beliau telah menyokong dasar "Malaysia untuk Rakyat Malaysia" yang mana bertentangan dengan perjuangan perikatan UMNO. Tindakan tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada ketuanan UMNO. Kemudian, Donald Stephens pula ditumpaskan dengan manipulasi politik Kuala Lumpur. Syed Kechik pada ketika itu ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Penerangan dan Penyiaran, Senu Abdul Rahman, telah dipujuk oleh Tun Abdul Razak "Campur tangan" dengan politik Sabah.
Syed Kechik diberi ruangan untuk memainkan peranan sebagai perancang politik dan juga sebagai orang kanan Tun Mustapha supaya senang untuk mencari pengaruh dan memerhati perkembangan politik Sabah. Jelas sekali bahawa beliau adalah ejen kepada UMNO untuk merancang segala keadaan politik Sabah.
1967-1976
Kejayaan KL untuk memperolehi seorang Ketua Menteri beragama Islam iaitu Tun Mustapha menyakinkan cita-cita UMNO untuk mengembangkan politik kaum melayu di "wilayah baru" (termasuk Sarawak).
Di dalam hal penyatuan bumiputra, parti UPKO yang dianggotai oleh kaum Kadazan telah dibubarkan. Kegagalan Donald Stephens adalah disebabkan pengabaian beliau terhadap masyarakat cina dan terlalu menumpukan pembangunan orang-orang tempatan. Beliau langsung tidak terfikir ancaman daripada dominasi kaum melayu. Beliau kemudiannya telah memeluk agama islam dan kemudiannya dihantar sebagai Pesuruhjaya Tinggi.
Pada bulan Ogos 1971 sempena Kongress Kebudayaan Kebangsaan, UMNO telah menyuarakan visi untuk menghayati satu identiti kebangsaan, sebagai contoh; Bahasa melayu akan dijadikan sebagai bahasa kebangsaan dan kebudayaan melayu diserapkan sebagai asas utama dalam cadangan kebudayaan kebangsaan. Ia juga memperkukuhkan visi dominasi kaum melayu mahupun kepercayaan kebudayaan mereka. Tun Mustapha telah didorong untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Malaysia di Sabah. Pada tahun 1971, Artikel 161D dibawah Perlembagaan Persekutuan telah dimansuhkan. Penguatkuasaan tersebut telah menjadikan islam sebagai agama rasmi di Sabah. Nyata sekali bahawa kedua-dua akta tersebut bercanggah dengan apa yang terkandung dalam perlindungan 20 Perkara.
Pelarian Islam dari Selatan Filipina telah diberi perlindungan di Sabah. Kuala Lumpur langsung tidak mengambil tindakan untuk menyekat kedatangan pendatang tersebut.
Sungguhpun Tun Mustapha telah berusaha untuk mengembangkan islam serta menguatkan pengaruh islam di peringkat negeri, beliau juga cuba untuk membantu dasar-dasar luar negara disamping itu beliau juga terlibat sebagai saluran untuk membantu pengganas Moro. Cara pentadbiran serta semangat beliau untuk mengekalkan hak-hak negeri serta niat untuk mengeluarkan Sabah dari Persekutuan akan merugikan Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh UMNO.
Cubaan KL untuk menyingkirkan Tun Mustapha dengan menarik balik segala kuasa beliau dan juga menawarkan jawatan di peringkat Kerajaan Pusat.
Akhirnya, Tun Mustapha telah berjaya ditumbangkan oleh Parti Berjaya yang disokong oleh Kerajaan Pusat. Parti Berjaya telah disokong kerana pemimpin-pemimpinnya akan bekerjasama serta mempertimbangkan segala permintaan KL.
Cadangan artikel untuk dibaca:
Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Malaysia: Part 2/2 (WAJIB BACA!)
02:44
20 Perkara
,
Agenda Borneo
,
Borneo
,
Facebook UVSB
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
Sejarah
,
UVSB
No comments
Kekukuhan Sabah selama itu adalah dibawah pimpinan Harris Salleh. UMNO yang mempimpin Barisan Nasional telah berpuashati dengan wujudnya hubungan antara Sabah dan KL. Haris telah bersedia untuk mengekalkan hubungan itu asalkan jawatan beliau terjamin.
Hubungan secara peribadi ganjaran kepada hubungan erat, Berjaya telah mendapat sokongan kewangan serta perlindungan politik daripada Kuala Lumpur. Pada pilihanraya 1981, hampir kesemua barisan pembangkang Sabah yang lebih cenderung kepada Sabah (Pro-Sabah) telah dikalahkan. Kerusi Parlimen di Sabah telah dimenangi oleh Barisan Nasional.
Akibat terlalu banyak terhutang budi kepada pimpinan UMNO, Harris telah terperangkap dengan menyerahkan kebanyakan hak-hak negeri (seperti ramai pegawai-pegawai daripada semenanjung) dan perkara-perkara seperti Borneonisasi, melonggarkan kuasa Imigresen dengan alasan pengwujudan intigrasi nasional, penyerahan Pulau Labuan dan sebagainya. KL sanggup "Timbul Tenggelam" dengan Berjaya sebagai satu jaminan.
Setelah Berjaya ditumpaskan, Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO telah jelas kelihatan untuk memberi sokongan kepada Berjaya-USNO untuk menghancurkan Kerajaan PBS. Berbagai-bagai taktik serta sumbangan pemimpin-pemimpin KL kepada parti-parti pembangkang di Sabah untuk melemahkan Kerajaan PBS.
Selepas pilihanraya umum tahun 1985, ianya jelas mahathir telah menafikan pengesahan Ketua Menteri sebenar di Sabah dengan sifat KL yang tidak merestui Kerajaan PBS pada masa itu. Walaupun rampasan kuasa oleh Tun Mustapha telah berlaku di Istana, mengiktirafkan kemenangan Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri yang Sah.
"Formula Sabah" yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk berkongsi kuasa di antara PBS, USNO dan Berjaya adalah sebagai syarat KL untuk pengiktirafan pemerintahan PBS yang sah. Ianya juga kelihatan sebagai taktik untuk melemahkan kubu kuat PBS dan seterusnya menggunakan kekuasaan "Pecah dan Perintah" (Divide and Rule) untuk kebaikan KL. Tetapi Formula tersebut telah ditolak oleh PBS.
Selepas pilihan raya 1986, KL telah sedar bahawa PBS adalah sebuah parti yang sangat digemari oleh majoriti pengundi di Sabah. Jika terdapat sebarang rancangan untuk menumbangkannya adalah hampa dan tidak berkesan. PBS telah diterima masuk dalam Barisan Nasional bersama-sama dengan USNO. Kemasukan USNO dalam BN adalah sebagai alat untuk mengawasi keikhlasan serta kejujuran PBS. Di samping itu pula, Datuk Pairin juga masih kurang terkenal di kalangan orang-orang besar UMNO.
UMNO telah bercadang untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah pada penghujung tahun 1986 dan awal 1987 apabila disedari bahawa USNO bersendirian tidak akan dapat memperolehi kuasa serta menghidupkan semula dominasi politik Islam di Sabah. Walau bagaimanapun, langkash tersebut adalah sebagai percubaan dan telah dihentikan sebab masalah-masalah teknikal yang dihadapi oleh UMNO serta prosedur pentadbiran, krisis dalaman UMNO dan sebagainya.
UMNO yang memimpin BN telah banyak meragui kerajaan yang dipimpin oleh orang bukan Islam kerana khuatir Sabah akan terlepas daripada genggaman. Oleh itu, terpaksalah UMNO menguatkan gerakannya untuk keseluruhan dalam pandangan politik negara. Setiap gerakan yang dilakukan oleh PBS telah diawasi dan ditimbangkan mengikut kesesuaian serta kehendak UMNO dan BN.
Di bawah pentadbiran Pairin, PBS sering menyuarakan aspirasi rakyat tempatan berdasarkan kepada manifesto pilihanraya yang lebih mementingkan Sabah. Cara itu adalah bertentangan dengan kerajaan Harris Salleh. Pemimpin -pemimpin UMNO kurang senang hati dengan sikap Kerajaan negeri yang selalu mengamalkan kemerdekaan sendiri di mana akan mengugat kepentingan negara.
Walaupun segala rancangan untuk menumbangkan PBS telah dilakukan, tetapi PBS masih menang untuk penggal ketiga. Kepimpinan UMNO khususnya kurang mendapat perhatian daripada rakyat Sabah. Nyata sekali Mahathir tidak pernah memberi ucapan tahniah kepada Pairin. Manifesto pilihanraya PBS pada 1990 telah jelas sekali menentang kepentingan Kerajaan Persekutuan dengan menyuarakan lebih banyak tuntutan mengenai hak-hak Sabah. Ianya kelihatan sebagai cara untuk mendesak Kuala Lumpur.
Tepat pada waktu itu, PBS telah keluar daripada BN (komponen Barisan Nasional) semasa pilihanraya parlimen, Oktober 1990. Keputusan untuk keluar BN tidaklah dilakukan tanpa pandangan serta pertimbangan yang sewajarnya. Iannya telah dilakukan berasaskan kepada aspirasi rakyat Sabah. Dengan serta-merta, UMNO telah mengumumkan tentang cadangannya untuk bertapak di Sabah. Cadangan itu telah dibuat dengan tujuan untuk berhadapan secara langsung dengan PBS dan menggunakan segala kuasa yang ada tanpa melibatkan pihak parti ketiga.
Peristiwa Selepas PBS Keluar Dari BN
Keputusan PBS untuk keluar daripada BN telah menambahkan lagi kemarahan Kerajaan Persekutuan dengan merancang lebih banyak penganiayaan kepada Kerajaan PBS dan pemimpin-pemimpinnya.
Cubaan untuk melemahkan Kerajaan PBS telah menimbulkan beberapa peristiwa seperti berikut:
Sebagai percubaan untuk mengkhianati imej Kerajaan negeri dikalangan umum, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bahawa ianya akan mengkaji tentang penyaluran peruntukan pembangunan kepada Negeri Sabah. Ini adalah disebabkan Kerajaan Negeri Sabah telah diterajui oleh parti pembangkang. Sikap serta tindakan Kerajaan Persekutuan telah jelas kelihatan bertentangan dengan Perlembangaan Persekutuan.
Tindakan tersebut telah melibatkan kerajaan Persekutuan secara langsung untuk campurtangan dalam hak istimewa Kerajaan Negeri seperti Perhutanan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) salah satu syarat Sabah untuk menubuhkan Malaysia.
Untuk menyeksa Kerajaan Negeri, Timbalan Perdanan Menteri, Encik Ghafar Bapa telah mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan menjadi penjamin kepada Negeri Sabah untuk mendapatkan pinjaman dari Luar negeri.
Source: http://despiritofsabahan.blogspot.com/2013/03/latar-belakang-penubuhan-malaysia-part.html
Cadangan artikel untuk dibaca:
Katakan TIDAK kepada pemimpin yang MENAFIKAN 20 PERKARA Negara Sabah!
02:20
20 Perkara
,
Agenda Borneo
,
Facebook UVSB
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Sabah
,
Sejarah
,
UVSB
No comments
Adakah pemimpin ini yang anda semua sokong wahai Generasi Muda Negara Sabah? Orang sendiri sanggup menafikan hak Negara sendiri! Merosakkan dan menghancurkan masa depan Negara dan Generasi masa depan... Sedarlah semua... Perjuangan kita bukan untuk dinikmanti hari ini atau esok tetapi untuk dinikmati oleh Generasi kita di masa depan... Siapakah mereka? Mereka adalah Anak-anak kita... Cucu-cicit kita... Kalau kita tidak mempertahankan Kedaulatan dan Kemerdekaan kita pada hari ini, nescaya masa depan mereka juga sudah tidak ada... Jangan jadi seperti ini... Bangsa yang menghancurkan bangsanya sendiri.... Bangsa yang tidak mengetahui sejarah Negaranya sendiri nescaya ini lah tujuan mengapa sejarah sebenar tidak diberitahu agar mudah untuk diperbodohkan dan ditindas...
Ingat wahai Generasi Muda Negara Sabah... Kita adalah Harapan Negara Sabah!!!
Respon Generasi Muda Negara Sabah atas "Penafian" anak bangsa Negara Sabah yang berpihak kepada kuasa luar.
Angie Josie: Sejarah sdh mbuktikn!!! Kesiany tdk tau sejarah negara sndri..atau pura2 tdk tau....
Elvvana Michael: Tahu juga tu tpi pura2 Inda tahu...Kerana Nama pangkat dn duit...mata mereka ni sdh d tutup pakai duit...
Evelyn G-Koh: Tolak pemimpin cetek pemikirannya. Kita bukan anti orng Malaya ttpi hanya mahu fakta sejarah dibetulkan. Konsep Msia yg d gunapakai skrang jauh menyerong ke arah agenda Malaya. Sia bertanya kpd peguam ini siapakah penandatangan Perjanjian Msia (MA63) pada 9 Julai 1963? Tolong jgn pandang sebelah mata fakta ini. Proses asimilasi yg d bangkitkan utk justify konsep Msia skrang x masuk akal. Tolong nyatakan adakah Sabah 1/3 negara penanda tangan MA63 atau 1/13 negeri dlm Msia? Jika sdra kata 1/3 jadi masa dia kerajaan Persekutuan Tanah Melayu? Jika 1/13 maka tolong buktikan bahawa tidak benar Tanah Melayu kini tlah d tukar jadi Msia dan SS hanyalah tanah jajahan ke 12 & 13? Isu konsep "kenegerian" itu x releven d sini sebab itu Perjara 18 & 20 perlu d rungkai senula utk dptkan fakta sebenarnya
Kinatu Edwin: Inilah manusia yang lupa daratan , penghianat tanah air sendiri dan perlu di singkir jauh - jauh , apa salahnya perkara 20 di ketahui rakyat sabah ??? seperti juga masalah PTI dan Ic palsu yang berleluasa di sabah sekarang ???
Barry Gapang: Dia perlu balik ke kelas sejarah. Kenyataan ini hanya memalukan dirinya sendiri.
Justina Anggau: Perfectly True!! We Are Sabahan....We Fight For Our Rights!!!!!!!!!!!!!!
Antis Kunning: Warga Sabah ini seolah-olah banggang orangnya walaupun bersekolah tinggi dan berpengetahuan luas...
Mathurin Gen: Tulin Tembak ja ni Lembu abis cerita.
Nilson Pasin: Nogodingan noh tidung dau..basug...
Eus Zen: pemuda umno kningau?????????? wtf????????
Jeffrey Ansoon: Fundamental issues of a country, once denied by anyone is a big traitor of his owns kind...!!! Unfit to be a citizenship of the country and PROHIBITED to be a leader..(Parasite...!)
Alexcius Daut: Siapa tu Bung Moktar??
Wall Ee: INI URANG PUNYA UTAK SUDA CAMPUR2 'TAHI' LOOO..ITU SEBAB DIA JADI BENGAP 10/10..NAAA GITU DONG..
Remy J Mambaam: Karabau nopo ngawi amunoh diti nga mandad po koroton om oidu nogi tungkoling id todung diolo...
Evelyn G-Koh: agree BG not fit 2b a lawyer
Connie Santi: Gitang pok betul ini org.....pok dapat jawatan yg tinggi
Umon Opsel: jdi lembu umno
Dennis Chong: NI urang Gila kuasa dn $$$$,tgk uma dia d keningau mcm istana
Chris Ap: orang UMNO saja yg tidak suka Perkara 20 dibangkitkan....
Jude Alfino: biasa la kalo skola darjah 6 pun tia abis..
Jasimi Sian: hihi duit..duit bah.. pkt2 bah tu yg ko kejar kan... mati la ko di mkn batu sumpah...
Paranchis Asing: Minstaring staring yau dilo
Jf Mazmiel: Dayou: Suda dia ini UXXX punya urang, mimanglah begitu.
***Respon yang diberikan oleh Generasi Muda Negara Sabah adalah sesuatu yang JELAS MEMBUKTIKAN kesedaran yang dimiliki mengenai 20 PERKARA NEGARA SABAH. Ini bukanlah berupa hasutan tetapi KEMARAHAN atas PENAFIAN yang TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU!***
Saturday, 9 November 2013
"Bukalah Mata Hatimu Untuk Mendengar Dan Buanglah Egomu Untuk Menilai"
18:00
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
UVSB
No comments
Sila luangkan masa anda untuk memahami mesej ini... Jangan jadikan diri anda seperti tunggul kayu yang hanya membiarkan diri dihempas ombak penindasan dan penganiayaan. Anda semua adalah harapan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak yang harus serta mesti mempunyai kapasiti diri untuk melindungi Bangsa anda iaitu Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak yang Merdeka dan Berdaulat yang kini telah dinafikan Kuasa Kedaulatannya dan Kuasa Kemerdekaannya oleh kuasa luar iaitu Kerajaan Malaya/Malaysia. UVSB tidak menggalakkan pemberontakkan dikalangan anda tetapi lebih kepada Kesedaran untuk membawa anda semua berjalan selangkah untuk memastikan hak dan bangsa kita sebagai sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat dikembalikan semula agar segala permasalahan yang timbul kini dapat diatasi oleh Bangsa kita sendiri. Sedarlah wahai semua Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak!
Jangan biarkan diri kita terus ditindas, dimanipulasikan, diperbodohkan oleh orang luar... Ini Negara kita, Tanah Tumpah Darahk kita. Tanah yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Kalau kita tidak mengikuti contoh mereka (nenek moyang kita), sudah pasti kehidupan kita kini lebih teruk daripada sekarang (walaupun keadaan sekarang sudah teruk). Mari kita semua bersama-sama mengubah cara pemikiran kita, mereformasikan pandangan dan persepsi kita agar Generasi kita dimasa depan tidak akan mengalami keadaan seperti mana kita alami sekarang... Sedarkan rakan-rakan kita yang lain.
Jangan biarkan diri kita terus ditindas, dimanipulasikan, diperbodohkan oleh orang luar... Ini Negara kita, Tanah Tumpah Darahk kita. Tanah yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Kalau kita tidak mengikuti contoh mereka (nenek moyang kita), sudah pasti kehidupan kita kini lebih teruk daripada sekarang (walaupun keadaan sekarang sudah teruk). Mari kita semua bersama-sama mengubah cara pemikiran kita, mereformasikan pandangan dan persepsi kita agar Generasi kita dimasa depan tidak akan mengalami keadaan seperti mana kita alami sekarang... Sedarkan rakan-rakan kita yang lain.
Pimpin tangan mereka yang takut dan tidak pasti agar mereka mendapat kekuatan seperti mana anda sudah beroleh kekuatan dan keyakinan tentang jalan kehidupan yang seharusnya dikecapi dan mesti direalisasiknan. Mari kita melangkah dalam satu barisan Kebangkitan Nasionalisme yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kita mampu lakukannya kerana "Kita adalah Masa Depan Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak Generasi Muda!!!"
Susah Sangatkah Mereka Untuk Sedar? Buta Sangatkah Mata Hati Fikiran Mereka?
02:05
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Y
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
UVSB
No comments
Sakit hati bila saya tanya kawan-kawan tentang pendapat dan pandangan mereka mengenai politik zaman sekarang. Apa maksud politik bagi kamu? Cerahkah masa depan kamu kalau kamu melibatkan diri dalam politik (tidak semestinya menjadi wakil rakyat) terutamanya bagi kita generasi muda?? Senang ja dorang jawab. "Sorry, I don't like politic. Saya tidak berminat" Punyaaa lar kan jawaban yang saya dapat tu.
Apa perlu kita buat untuk menyedarkan mereka ni?? Tidakkah mereka sedar yang kita ini semakin hari semakin ditindas? 'penjajahan' semakin berleluasan?? Kadang-kadang, saya sendiri pun rasa down, tapi saya cepat-cepat sedarkan diri saya sendiri dengan mengatakan, "Siapa yang akan membantu Generasi Muda kalau bukan saya (dan anda)???"
Dapatkah kita 'menolak' mereka yang menjajah kita itu?? Bagaimana kita mau menolak mereka sedangkan ramai orang kita sendiri yang membantu mereka?? SUSAH SANGATKAH MEREKA UNTUK SEDAR? BUTA SANGATKAH MATA HATI FIKIRAN MEREKA? Apakah nasib generasi akan datang jika pemimpin yang sekarang ini sudah tiada nanti?? Masihkan kita ORANG ASAL yang menguasai tanah , hak dan sebagainya di tanah kelahiran sendiri?. Pilihan ada di tangan saya ada di tangan kamu ada di tangan kita. Mahu terus hidup 'kesian' begini??? Pilihan kamu. For young generation, kamu 'TALAN' lar tu komodenan kamu. TIDAK PERLU LAH LIBATKAN DIRI DALAM APA-APA HAL YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN GENERASI AKAN DATANG. Teruskan memajukan diri sendiri. BUTAKANLAH MATA HATI KAMU FIKIRAN KAMU. Tapi JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI. The choice is yours!.
Friday, 8 November 2013
SUARA GENERASI MUDA BORNEO!
22:36
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Pejuang Bangsa
,
Sabah
,
UVSB
1 comment
Isu-isu yang berlaku di sekeliling saya sudah cukup untuk menyedarkan saya betapa pentingnya saya perlu bersuara untuk menegakkan kebenaran demi mengembalikan maruah Negara Sabah yang tercemar sejak dikuasai oleh "baju biru"..Dan kesedaran ini timbul apabila saya melihat selama ini, rakyat Negara Sabah yang sepatutnya menikmati pembangunan menyeluruh dalam pelbagai aspek namun apa yang saya lihat semakin hari Negara Sabah semakin "rosak" lantas ia memberikan kesan yang mendalam kepada minda dan mentaliti Bangsa Negara Sabah (tunduk kepada mereka)..
Jujur saya katakan, saya tidak mahu melihat Negara saya semakin hancur dibuat mereka namun saya tidak mampu untuk melakukannya sendirian. Saya memerlukan tenaga dan suara lantang daripada Generasi Muda Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk BANGKIT mempertahankan hak yang sepatutnya menjadi milik kita. Saya percaya ini tidak akan menjadi sia-sia sekiranya kita semua bersatu dan berpayungkan di bawah satu suara iaitu SUARA GENERASI MUDA BORNEO. Mari BANGKIT bersama saya dan jangan takut kepada ancaman mereka!
Fikirlah tentang generasi akan datang. Jangan tinggalkan "memori" pahit untuk mereka. Mahukah anda apabila kita dipersalahkan oleh mereka kerana tidak berjuang untuk mengembalikan kedaulatan Negara Sabah? Mahukah anda melihat Negara Sabah benar-benar hancur? Jika tidak, Tepuk dada tanya diri. Kita mampu mengubah semuanya...
KITA ADALAH MASA DEPAN NEGARA SABAH DAN NEGARA SARAWAK
MALAYSIA tidak pernah merdeka!
20:08
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak Merdeka
,
Pejuang Bangsa
No comments
MALAYSIA tidak pernah merdeka. Mengapa? Pernahkah Malaysia dijajah? TIDAK! Apa yang perlu disambut ialah Hari Malaysia (Malaysia Day) pada 16 September setiap tahun.
Bukankah dengan mengatakan Malaysia Merdeka, ia membawa erti seolah-olah Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing? Kalau betul Malaysia dijajah, siapakah yang menjajah Malaysia?
Setahu saya, hanya North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapore dan Malaya sahaja yang dijajah oleh kuasa asing iaitu British. Pada 31 Ogos 1957 adalah hari kemerdekaan Malaya yang bebas daripada kuasa asing manakala Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.
Maka, jangan keliru akan perkara ini yang telah diputar belitkan oleh kerajaan Malaya kerana 'Malaysia' adalah nama yang dipersetujui oleh empat buah negara yang ingin membentuk negara bersekutu.
Walaupun sebelum itu, Malaya ingin mengunakan nama Melayu Raya dalam persekutuan ini (konsep yang dicuri daripada Indonesia yang berkeinginan untuk mewujudkan negara Indonesia Raya) tetapi tidak diterima oleh 3 buah negara kerana ia lebih mengambarkan Kemelayuan.
Maka, sedarlah akan hal ini. Kibarkan bendera Sabah dan bukan bendera Jalur Gemilang kerana jikalau anda sedari, itu adalah bendera penjajah!
Oleh itu, saya menyeru anda sekalian yang menggelarkan diri mereka 'Anak Sabah', 'Bangsa Sabah', 'Bangsa yang Merdeka dan Berdaulat' dan 'Bangsa yang Berani' untuk bersama-sama kibarkan bendera Sabah sebanyak yang mungkin di halaman rumah, kampung atau sekitar tempat tinggal anda untuk menghidupkan semangat Kemerdekaan yang telah diberikan kepada kita oleh pihak British pada 31 Ogos 1963.
Tarikh inilah yang mesti kita pertahankan walau apa cara sekalipun. Jangan cuba menafikan kenyataan ini kerana ini adalah fakta! Maka, mari kita bersama-sama menyambut hari Kemerdekaan kita. Kemerdekaan Negara Sabah (North Borneo) kerana kita sekali Merdeka, selamanya MERDEKA!
Salam Hormat,
TRULY SABAHAN
Laporan menyertai ceramah Keusahawanan oleh Puan Carol Fung
Pada 27 haribulan 2013 bersamaan
dengan hari ahad yang lepas saya telah menyertai satu ceramah yang telah
diadakan di Muzium Sabah mengenai Keusahawanan dan cara-cara untuk menjana
pendapatan. Ceramah tersebut bermula pada jam 3.00 dan berakhir pada jam 5.00 pada petang itu
dan pada hari itu cuaca sangat baik untuk memudahkan perjalanan saya sampai ke
tempat itu. Walaupun sedikit lewat tiba ke tempat itu namun masih banyak
perkara yang saya ingin kongsikan dan kami hanya hanya lebih kurang 20 orang
sahaja yang menghadiri ceramah tersebut.
Setibanya di sana, saya beserta
dua orang rakan saya bersedia untuk mengambil tempat duduk dan mula mendengar tersebut
walaupun ianya sudahpun bermula. Salah satu perkara yang saya pelajari daripada
ceramah tersebut ialah bagaimana kita boleh menjana pendapatan kita dalam
kehidupan sehari-hari yang kita mungkin tidak sedari. Puan Carol Fung berkongsi
bahawa salah satu benda yang boleh kita jadikan sebagai bahan perniagaan kita
ialah dengan menjual apa-apa sahaja barang terpakai atau yang tidak digunakan
oleh kita. Kita mungkin tidak menyedari bahawa benda yang boleh kita jadikan
sebagai salah satu bahan jualan kita ialah “benda” yang dianggap remeh iaitu barang percuma yang kita perolehi daripada satu
pembelian barangan di kedai. Sebagai contoh, apabila kita membeli “colgate”
dalam jumlah yang banyak kita akan memperoleh percuma seperti cawan atau
kontena dan sekiranya kita memerlukan barang-barang tersebut kita boleh
menjualnya kepada sesiapa pun maka dengan itu ia adalah salah satu cara
bagaimana kita boleh menjana pendapat kita dalam kehidupan seharian. Sekiranya
kita tidak mempunyai sebarang modal maka kita boleh mulakan ia dari rumah
terlebih dahulu sebagai contoh yang telah diberikan di atas.
Selain itu, Puan Carol Fung
telah berkongsi satu perkara yang amat
menarik dan saya fikir sangat membantu di dalam menjana dana di dalam
Pertubuhan kita iaitu dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan Lesen Berniaga
dan menurut Puan Fung lagi, ianya boleh diperoleh dengan RM20 sahaja. Setelah
mendapatkan lesen tersebut maka beliau juga menyarankan supaya mendaftar di
dalam website www.weebly.com dengan
secepatnya untuk membina “website” kita dalam memulakan perniagaan kita atas
talian. Tetapi sebelum itu, Puan Fung menasihati agar sebelum kita bersedia
untuk “publish” website kita hendaklah menunjukkan kepada beliau terlebih
dahulu untuk meminta pandangan mengenai website tersebut sekiranya terdapat
penambahbaikan atau cadangan beliau. Melalui ceramah tersebut, apa yang saya
peroleh ialah bagaimana kita dapat dapat menjana pendapatan kita ialah dengan
memulainya dari rumah anda dan membuat perniagaan secara atas talian dan beliau
juga menyarankan untuk membeli bukunya mengenai bagaimana memulakan bisnes
tersebut dan buku tersebut boleh diperoleh di kedai buku Popular yang ada di
Centre Point Kota Kinabalu dengan nombor sirinya iaitu ISBN : 978-9674151287.
Buku ini sangat penting dalam membantu kita lebih memahami kita bagaimana untuk
memulakan sesuatu bisnes secara atas talian.
Ceramah pada petang itu berakhir
dengan jamuan ringan yang disediakan oleh pihak penganjur dan berakhir pada jam
5.00 petang itu.
Laporan disediakan oleh,
(HARNEFER JOHUMIN)
Presiden UVSB (SABAH).
Sebagai seorang yang "SEDAR"...
04:24
Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
Sabah
,
Sejarah
,
UVSB
4
comments
Sebagai seorang yang sedar, saya sangat berasa
kecewa dan sakit hati bila saya bertanya kepada generasi muda di luar sana
tentang pendapat dan pandangan mereka mengenai politik zaman sekarang
terutamanya politik di tempat kita sendiri. Dengan panjang lebar saya bertanya,
menjelaskan dan berkata-kata, mudah saja mereka memberi jawaban, “Sorry, I
don’t like politic. Saya tidak berminat”.
Bagi kamu, sebagai
seorang yang sedar apa perasaan kamu bila kamu dijawab begitu??.. Kecewa
bukan??.. Apa yang perlu kita buat untuk membawa mereka untuk lebih menyedari
keadaan sebenar yang sedang Negara kita Sabah dan Sarawak alami sekarang?. Kita
semakin hari bukan semakin merasa selesa, bebas atau apa, tapi kita semakin
hari semakin rasa tidak selesa, bukan?. Tidak selesa dengan omongan kosong,
tidak selesa dengan kedatangan orang asing tanpa dokumen (PTI), dan banyak lagi
ketidak selesaan yang kita rasa dan alami. Generasi muda, apakah kamu rasa kamu
selesa dengan kedudukanmu di Persekutuan Malaysia sekarang ini?. Apakah kamu
selesa diperlaku seperti ‘orang gaji’ di persekutuan ini?. Adakah kamu tahu
yang kita (Sabah&Sarawak) sebenarnya ini bukanlah sebuah negeri??. Adakah
kamu tahu kedudukan sebenar kita (Sabah&Sarawak)?. Kita membentuk
persekutuan ini, bukannya menjadi ‘negeri’ seperti negeri-negeri dalam Malaya.
![]() |
| Gambar (I) |
Gambar (I) di atas
menunjukkan, kita sebenarnya sebuah Negara. Apa tindakan kita?. Dari mana kita
harus memulakakannya?. Bukan saja hak kita sebagai sebuah Negara yang
‘dirampas’ tapi sedarkah kamu bahawa semua hasil yang dikeluarkan oleh kita (Sabah
dan Sarawak) juga ‘dirampas’??. Tidak rasa ‘marah’ kah kamu dengan semua
ini??.. Selesakah kamu diperbuat seperti ini??.. Siapa yang harus kita
salahkan??. Pemimpin terdahulu??.. Siapa yang harus menegakkan kembali
kebenaran??.. Mereka juga kah??.. Politik bukan saja seperti apa yang kita
lihat di media massa sekarang, yang keluar di kaca TV atau yang hanya menjadi
‘wakil rakyat’. “Media bukan pembawa
kebenaran terakhir, media hanya dari ikhtiar bersama untuk menemukan apa yang
benar”(Mahfud MD).
Ini juga politik!
Kita harus menegakkan kembali apa yang sudah hampir rebah!. You say you don’t
like politic, but how about your kids in the future??. Mahukah kamu mereka juga
rasa ketidakadilan ini seperti apa yang kita rasa? Ketidakselesaan seperti apa
yang kita rasa ini? Mahukah kamu terus menerus diperlaku sebegini? Kita
selalunya cakap saja besar, “We want to out from Malaysia!”, komen itu komen
ini, tapi mana tindakan kamu sebagai Orang Asal Negara Sabah??. Orang Asal
Negara Sarawak??. Apakah kamu sudah bangun dari mimpi lena mu?? Bila ada di antara
rakan kamu yang cuba membawa kamu untuk sedar, apa tindakan kamu?. Apa yang
kamu katakan kepada mereka??. “Wow!.Hebat politik oohh!” , “Wow! Orang politik
bah ni” , “Uiseh! Kau buat saja bah, kau kan hebat” , “Saya belum tua, saya
tidak main politik” .
Adakah kamu sedar
dengan kata-kata kamu itu??? Kamu mau tunggu jadi tua dulu baru mau melibatkan
diri?? Wake up!! Sekarang inilah masa kita. Kamu mahu terus dijajah?? Kamu tahu,
kamu sedar dan kamu rasa ketidakadilan sedang berlaku di tempat kita sekarang,
bukan baru sekarang tapi dari dulu. Tapi kenapa masih berdiam??? ‘menyalak’
saja lebih.
Sekarang
inilah kita sebagai generasi muda harus mengambil tahu, memulakan langkah,
harus sedar akan keadaan sekeliling kita setiap hari. Perubahan apa yang kita
dapat sekarang? Bila lagi kita mahu beranikan diri mengeluarkan suara menuntut
kebenaran?? Mahukah kita terus-terus dikatakan ‘penakut’ oleh mereka di seberang
sana? Jangan biarkan mereka terus menerus memperbodohkan kita. Buka mata hati
dan fikiran!. Lihat keadaan Tanah Kelahiran kita yang kaya dengan sumber ini.
Ayuh generasi muda,
mari bersama membuka mata si ‘pemimpin’ kita sekarang. Ayuh bersama menyedarkan
mereka bahawa masa depan kita itu semakin tidak kelihatan cahayanya. Ayuh
generasi muda, kitalah yang menentukan segalanya. ‘Pemimpin’ itu tiada jika
kita tidak menyokong mereka, ‘Pemimpin’ itu tidak akan sedar selagi rakyatnya
tidak bersuara. Lihat saja perkembangan di kawasan kita, di sekeliling kita.
Adakah mereka sedar akan keadaan kalau tidak ada yang melaporkannya??? Begitu
juga dengan hak kita, adakah ‘pemimpin’ itu sendiri sedar akan hak kita sebagai
Orang Asal Negara Sabah dan Sarawak kalau kita tidak bersuara?? Terjaga kah
mereka kalau kita tidak kejutkan??
Bagaimanakah
kita harus membantu mereka yang tidak mengetahui apa-apa, yang masih ‘kabur’
pengelihatannya kalau ‘pemimpin’ sendiri berkerjasama dengan ‘orang luar’??
Bagaimana kita mahu menolak si ‘penjajah’ sedangkan si ‘pemimpin’ sendiri
berkerjasama membantu si ‘penjajah’ itu?? Sedarkah si ‘pemimpin’ yang Negara
kita Sabah dan Sarawak sedang dijajah??. Seperti yang di katakan oleh seorang
ahli politik Republik Indonesia, Bung Karno, dia mengatakan, “Aku
tidak mahu mengambil sesuatu dari rakyatku. Aku justeru ingin memberi mereka”.
Renungkan dan bandingkan apa yang kita alami di Negara kita Sabah dan Sarawak??
Adakah kita diberi sesuatu? Ya memang ada, seperti yang kita tahu, banyak
bantuan. Tapi sedarkah kamu bahawa bantuan yang diberi itu sebenarnya
darimana?? Kesiannya Negara Sabah dan Sarawak ini. Mahu salahkan siapa?? Tepuk
dada tanya diri sendiri. Kamu sebenarnya sedar tapi ‘buat-buat tidak tahu’ dan
‘buat-buat’ buta untuk melihat kebenaran itu.
Rakan saya, Lawrence Loren pernah mengatakan, “Sejarah
menimbulkan kesedaran, kesedaran menimbulkan semangat, dan semangat menimbulkan
tindakan. Maka, bertindaklah sebagai Orang Sabah dan Sarawak yang berjuang
untuk NEGARA SABAH dan SARAWAK”. Bersemangatkah kamu setelah mengetahui
sejarah sebenar Sabah dan Sarawak?? Sekali lagi, apa tindakan kamu??
| Gambar (II) |
Kita boleh tahu
mesej apa yang ingin disampaikan kepada kita melalui Gambar (II) di atas. Without
Sabah dan Sarawak, apa yang akan terjadi kepada Malaya?? Jatuh bukan?? Tapi
sebagai ‘tiang’ apa yang kita dapat?? Hanya dipukul ombak, hanya ditumbuhi oleh
lumut, hanya menjadi tempat pembiakan hidupan air. Sanggup menjadi ‘tiang’ tapi
apa yang kita dapat?? Kesenangan?? Kemudahan??. Keselesaan?? Apa yang kita
dapat??? Hasil yang kita keluarkan memajukan kawasan si ‘penjajah’ tapi kawasan
kita apa yang kita ada?? Apa yang kita dapat?? Mungkin si ‘pemimpin’ hidup
mewah, hidup ‘senang’ sebab menjadi ‘kerbau’ kepada ‘tuannya’. Ditarik, disuruh
kerja dan diberi makan. Tapi adakah si ‘pemimpin’ ini terfikir atau sedar mereka
yang hidup di pedalaman?? Yang kononnya si ‘jiran sebelah’ katakan masih
tinggal di atas pokok?? Adakah mereka hidup senang seperti si ‘pemimpin’?
Mahfud MD mengatakan, “Jangan
sesekali melawan arus kepentingan rakyat”. Tapi apa kata wahai kamu
Orang Asal Negara Sabah dan Sarawak??. Adakah kepentingan kamu diutamakan?.
Bangkit!
Generasi muda! Kitalah yang akan mengubahnya! Kitalah yang akan mengubah nasib
kita! Kitalah yang akan mengubah masa depan kita. Kita mungkin akan berhadapan
dengan bermacam dugaan hanya untuk membawa mereka untuk sedar dan yang paling
menyedihkan ialah mungkin kita akan dipulaukan sendiri oleh rakan-rakan kita.
Tapi jangan jatuh! Tunjukkan kepada mereka melalui tindakan, perjuangan dan
perbuatan kita. Mari bersama menyedarkan antara satu dengan yang lain. Bangun
dari tidur. Berjuang menuntut kebenaran.
“Dalam
sejarah menyimpan semua rahsia kebenaran dan kenegaraan”(Sir Wiston Leonard).
Kitalah yang akan membongkar rahsia kebenaran dan sejarah itu akan ditulis oleh
para pemenang. Kita semua adalah cacing-cacing! Tetapi saya percaya jika kita
adalah cacing yang berkilauan!. Tiada guna mengatakan “Kami telah melakukan
yang terbaik”. Kita harus sukses melakukan apa yang diperlukan. Sedarkah
kamu??? Mari bangun! Tegakkan keadilan! Suarakan Kebenaran! Jangan takut kita
sedang membina satu cahaya untuk menerangi mereka yang lain. Dan saya melihat
sudah ada sedikit cahaya yang terkumpul. Marilah sama-sama kita menjadi cahaya
itu. Cheers! Everyone! Together we will fight! Fight for our right!
Sabah Adalah Sebuah Negara Merdeka
03:45
Agenda Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
Pejuang Bangsa
,
Politik
,
Sejarah
,
UVSB
2
comments
Menelusuri alur sejarah panjang
North Borneo/Sabah, memberikan kita semangat dan kekuatan untuk terus berjuang.
Ini berdasarkan kepada fakta yang sahih daripada dokumen Perjanjian Malaysia
1963 dan Perkara 20 yang turut tercatat dalam laporan Jawatankuasa Antara
Kerajaan semasa proses pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Malah jika
mendengar perisytiharan Malaysia di Padang Merdeka, (Kota Kinabalu), yang
diucapkan dalam Bahasa Inggeris, Kadazan dan Cina, jelas sekali disebutkan
penggunaan Negara of Sabah. Jadi tidak syak lagi bahawa Sabah adalah sebuah
NEGARA MERDEKA yang sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia bukannya menyertai
Malaysia sebagai sebuah NEGERI yang ke-12 seperti yang tercatit dalam Mykad
sekarang ini. Sayang sekali dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di
sekolah-sekolah awam, MALAYSIA merdeka pada 31 OGOS 1957, sedangkan seluruh
dunia tahu bahawa MALAYSIA baru sahaja dibentuk pada 16 SEPTEMBER 1963.
Bagaimana pula merdeka sedangkan belum dibentuk?
Jika kita mengambil contoh United
Kingdom (UK),misalnya, yang merupakan
'tempat asal' penjajah British yang menjajah kita sedikit masa dulu, maka terdapat kewajaran untuk kita mengatakan
bahawa model Persekutuan Malaysia sebenarnya diaspirasikan daripada pembentukan
United Kingdom yang diwakili oleh England, Scotland dan Wales dengan Northern
Ireland. Bermakna UK yang mengamalkan sistem pemerintahan Constitutional
Monarchy mempunyai 4 wilayah utama dengan berpaksikan satu Raja iaitu Queen
Elizabeth. Apa yang menariknya, keempat-empat wilayah ini mempunyai kuasa
autonomi sendiri. Contoh mudah, semua wilayah ini mewakili negara masing-masing
dalam Bola Sepak Piala Dunia tetapi semasa sukan Olimpik, mereka akan bersama
dalam UK. (Tajuk Perjanjian Malaysia begini : UNITED KINGDOM OF GREAT BRITAIN
AND NOTHERN IRELAND and FEDERATION OF MALAYA, NORTH BORNEO, SARAWAK AND
SINGAPORE).
Dalam kes pembentukan Malaysia,
diwakili oleh Tanah Melayu dengan North Borneo/Sabah, Sarawak dan Singapura.
Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh 5 wakil iaitu wakil British, Tanah
Melayu, North Borneo/Sabah, Sarawak dan Singapura. Bermakna 4 wilayah yang
merdeka sebagai sebuah negara berdaulat ini telah bersetuju membentuk sebuah
gabungan yang dikenali sebagai Malaysia. Dengan kata lain Sabah adalah sebuah
NEGARA dalam Malaysia yang mana Seri Paduka Yang Dipertuan Agung sebagai
lambang sistem demokrasi raja berperlembagaan namun setiap wilayah berkuasa
mentadbir sendiri. Di Sabah, ia dikuatkan lagi dengan syarat 20 perkara yang meliputi
antaranya soal Imigresen, Perkhidmatan Awam,Kewarganegaraan,
Tarif/Cukai/Kewangan,Hak Orang Asal dan Sistem Pelajaran. (Rujuk Laporan IGC,
Bab 2 Perenggan 14/Perkara 20).
Apa yang berlaku hari ini, di
bawah pimpinan Kerajaan UMNO/BN Sabah dan Sarawak telah diturunkan pangkat
sebagai negeri yang sama taraf dengan negeri-negeri dalam Tanah Melayu /
Semenanjung Malaysia. Semua kuasa autonomi, bahkan tuntutan sah dalam Perkara
20 juga tidak lagi digunapakai. Sedangkan masih banyak Undang-undang di Sabah
yang terpakai sehingga kini, tetap merujuk kepada istilah Yang Dipertua Negara
iaitu merujuk kepada Perkara 20, Nombor 18. Ambil contoh Mahkamah Tinggi Sabah,
pada 12 September 1968 iaitu LIMA tahun selepas Malaysia dibentuk, seluruh
dunia masih mengiktiraf Sabah sebagai sebuah negara apabila plat tanda
perasmian bangunan ini masih jelas tertera nama Tun Pengiran Haji Ahmad Rafae
Bin Orang Kaya2 Pengiran Haji Omar sebagai Yang Dipertuan Negara of Sabah.
Sejak bila pula tiba-tiba jadi Yang Dipertua NEGERI?
Selain itu, dalam sistem
pentadbiran, jelas terbukti bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai Kabinet Menteri
sendiri yang lengkap sedangkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia hanya
mempunyai satu Kabinet Menteri iaitu di Putrajaya. Semua perbandingan ini
mempunyai asas untuk mengatakan bahawa Sabah dan Sarawak bukan negeri di
Malaysia tetapi sebuah NEGARA dalam Gabungan Malaysia. Jadi tuntutan kita bukan
untuk keluar Malaysia dan menjadi sebuah negara baru tetapi hak kita sebagai
sebuah negara dalam gabungan Malaysia. Namun begitu, lain halnya jika
Perjanjian Malaysia 1963 dikaji semula dan didapati BATAL kerana penyingkiran
Singapura pada tahun 1965 tidak melibatkan perundingan semua pihak yang
menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah Sabah dan Sarawak.
Kita mempersoalkan perkara ini,
bukan semata-mata gimik berpolitik, bukan juga sekadar untuk meraih sokongan
tetapi sekadar menuntut hak yang sewajarnya berdasarkan PERJANJIAN yang SAH.
Jika kita terus menerima Sabah sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, kesannya
ialah, kita bergantung penuh kepada Persekutuan untuk memajukan Sabah,
sedangkan banyak polisi seperti Cabotage Policy iaitu polisi perkapalan jelas
merencatkan perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Lihat sahaja, mengapa
harga komoditi seperti getah, harganya murah berbanding di Semenanjung
Malaysia. Apa yang peliknya, banyak barang keperluan di Sabah mahal berbanding
di Semenanjung Malaysia atas alasan 'kos pengangkutan' sedangkan kita tahu
polisi perdagangan yang berat sebelah inilah yang menjadi penyebabnya. Malah
ini juga yang menyebabkan ramai belia di Sabah berhijrah ke Semenanjung
Malaysia untuk bekerja kerana pelabur 'terpaksa' melabur di sana akibat polisi
ini.
Kebergantungan kepada Persekutuan
ini akan menyebabkan Sabah terpaksa 'merelakan' hasil bumi termasuk minyak dan
gas 'mengalir' ke Persekutuan sedangkan peruntukan pembangunan untuk Sabah
setiap Rancangan Malaysia 5 tahun sangat kecil. Peruntukan ini kecil kerana
manipulasi kerusi Parlimen dan juga kerusi Dun. Sabah sebesar 9 buah negeri di
SM hanya mempunyai 25 kerusi Parlimen dan Sarawak yang lebih besar daripada
Sabah pula hanya 31 kerusi Parlimen. Kita ambil contoh negeri Perlis (821 km
persegi ) berbanding daerah Pitas 1419 km persegi). Secara relatifnya, DAERAH Pitas
lebih besar berbanding NEGERI Perlis. Tetapi di Perlis ada 3 kerusi parlimen
dan 15 Adun sedangkan Pitas cuma ada seorang Adun dan berkongsi 1 Parlimen
dengan Dun yang lain. Sekiranya setiap ADUN diberikan peruntukan RM1juta
setahun bermakna Perlis mempunyai DANA sebanyak RM15 juta untuk membangunkan
sebuah kawasan yang lebih kecil daripada Pitas yang hanya layak mendapat DANA
RM1 juta.
Merujuk kepada Laporan
Suruhanjaya Cobbold, sebarang penambahan kerusi Parlimen seharusnya
mengambilkira KELUASAN dan POTENSI Sabah dan Sarawak. Tetapi polisi kerajaan
sekarang ini bergantung kepada POPULASI. Ertinya, peruntukan untuk Sabah dan
Sarawak akan sentiasa kecil kerana populasi yang kurang. Ini juga bermakna
Sabah dan Sarawak akan kekal kurang maju dan tertinggal jauh di belakang
Semenanjung Malaysia. Kesian sekali orang-orang di PEDALAMAN yang sedikit
penduduk terpaksa menanti SISA pembangunan selepas kawasan POPULASI ramai
didahulukan. Bayangkan dalam RMK10, Bajet Pembangunan Malaysia sebanyak 109
Billion. Sabah dan Sarawak diperuntukkan sebanyak 9 Billion sahaja sedangkan
Semenanjung Malaysia menggunakan 100 Billion. Walhal, seluruh dunia tahu bahawa
yang mundur sekarang ini ialah Sabah dan Sarawak. Sudah sampai masanya fokus
pembangunan itu dialih ke sini.
Maka atas dasar itulah,
perjuangan politik di Sabah WAJAR menilai dari sudut HAK-HAK yang empirikal dan
tidak hanya bergantung kepada EHSAN. HAK-HAK ini pula bukan ciptaan tetapi
jelas termaktub dalam PERJANJIAN yang SAH. Bahkan ia turut disertakan dengan JAMINAN-JAMINAN
bahawa Sabah adalah RAKAN KONGSI SAMA TARAF dengan TANAH MELAYU bukannya dengan
NEGERI-NEGERI dalam Tanah Melayu. Bagaimana pula menjadi sama taraf jika Bajet
Pembangunan juga jelas memperlihatkan jurang perbezaan yang besar? Selagi Sabah
dikategorikan sebagai NEGERI selagi itulah rakyat Sabah tidak terbela.
Bukan itu sahaja, ARTIKEL VII,
Perjanjian Malaysia menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaya, Kerajaan
Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan perundangan, eksekutif
atau apa-apa tindakan yang lain yang diperlukan bagi melaksanakan
jaminan-jaminan, akujanji-akujanji dan syor-syor yang terkandung dalam Bab 3,
dan Lampiran A dan B kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang
ditandatangani pada 27 Februari 1963, sejauhmana ianya tidak dilaksanakan...
Persoalannya, di manakah asas
pihak-pihak tertentu mengatakan perjuangan STAR di Sabah hanya bersifat
kenegerian dan berbaur hasutan? Kita hanya menuntut HAK yang jelas dalam sebuah
PERJANJIAN yang SAH. Apakah itu salah? 49 tahun telah berlalu tanpa kita
menuntut apa-apa dan sepanjang masa itulah nasib kita terus binasa. Apatah lagi
dengan pengiktirafan memalukan Bank Dunia pada tahun 2010 sebagai sebuah NEGERI
TERMISKIN di Malaysia sedangkan NEGARA Sabah penyumbang kedua terbesar Malaysia
dalam sektor minyak. Malah tahun 2011 Persekutuan mengutip 22.7 Biliion Cukai
daripada Sabah sedangkan Perkara 20 No 11 jelas mengatakan bahawa North
Borneo/Sabah berkuasa penuh ke atas Kewangan/Dana Pembangunan, Cukai dan
Tarif-tarif.
Oleh itu, saya menyeru kepada
seluruh rakyat Sabah, berhentilah menyalahkan pemimpin terdahulu. Marilah kita
bangkit hari ini dengan ILMU dan FAKTA yang tepat dan benar untuk menuntut
kembali Hak-hak Kemerdekaan Sabah sebagai sebuah Negara Dalam MALAYSIA. Masa
depan generasi akan datang ditentukan oleh tindakan kita sekarang. Seperti juga
pemimpin terdahulu yang salah langkah, hari ini kita menerima kesannya. Jadi
sebagai warganegara Sabah yang CELIK ILMU PENGETAHUAN, apakah kita masih mahu
mewarisi kesilapan pemimpin kita yang terdahulu dan membiarkan keadaan hari ini
terus diwarisi oleh generasi akan datang. Mungkin lebih teruk lagi dengan
kehadiran PTI yang semakin tidak terkawal, anak cucu kita bakal merempat di
bumi sendiri kelak.
Dengan perbandingan dan Fakta
yang 'dikupas' di atas, TIDAK SALAH jika di SABAH ini mempunyai PERDANA MENTERI
sendiri dan bukan hanya TIMBALAN PERDANA MENTERI kan? Untuk itu rakyat Sabah
harus memastikan sebarang anasir dari pihak PARTI MALAYA tidak lagi berada di
Sabah demi memastikan ACUAN NEGARA SABAH dapat dibentuk dan direalisasikan.
BUKAN bermakna kita anti MALAYA tetapi kita tidak mahu sistem yang ada pada
hari ini terus digunapakai di Sabah sekalipun Kerajaan Persekutuan bertukar,
bahkan pertukaran Kerajaan Persekutuan sememangnya harus disokong tetapi bukan
dengan cara yang ada hari ini...
Thursday, 7 November 2013
Sampai bilakah keadaan ini harus berterusan?
06:27
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Sabah
,
Generasi Y
,
Negara Sabah
,
Negara Sabah Merdeka
,
UVSB
No comments
Saya baru sahaja pulang dari bercuti di kampung. Ini mahu kongsikan kepada kamu semua. Kampung saya yang tidak ada bekalan elektrik. Kampung yang tidak ada line telefon (yang ada pun hanyalah line maxis). Kampung yang jalan rayanya berlubang-lubang dari pekan Ranau mengambil masa 2 jam. Kehidupan yang saya boleh katakan sangat mundur dari segi pembangunan. Sangat kasihan walaupun sejak kecil saya mendengar desas-desus mengatakan bahawa jalan akan diperbaiki tetapi sehinggalah sekarang belum juga ada perubahan yang saya lihat meskipun penaikkan taraf sudah bermula namun ada saja alasan "peruntukan tidak cukup". Lagi satu kami terpaksa menggunakan "generator" setiap malam untuk menyalakan lampu, sekiranya minyak tidak ada, terpaksalah bergelapan sepanjang malam. Minyak sekarang ini pun mahal dan terpaksa kena berfikir dulu untuk menghidupkan generator atau tidak. Kalau kamu berada di tempat saya apa yang akan kamu lakukan? Adakah terus berdiam diri? Sudah tentu tidak bukan. Kita sepatutnya berhak menikmati kehidupan yang lebih baik daripada ini.
Pertanyaan saya disini... "Sampai bilakah keadaan ini harus berterusan?" Dimanakah slogan yang dilaung-laungkan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"??? Ianya tidak bermakna apa-apa sekiranya tidak ada tindakan yang dilakukan..bak menanam tebu di tepi bibir..
Monday, 4 November 2013
You don't like history???
16:11
Borneo
,
Generasi Muda Negara Sabah
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Negara Sabah Merdeka
,
Negara Sarawak
,
Sabah
,
Sejarah
No comments
You don't like history???
It's you choice. But if you want to know something truth, you must learn history.
History will open your eyes and you will act to correct that is not true.
History is important. It tells us the origin. Don't let the truth be swallowed by modernization. Save our history! The true history of Sabah and Sarawak Nation!
We are the future of Sabah and Sarawak! We are the leaders of tomorrow!
If not us who else?? Come on younger generation! Jangan down! Let's move together!.
Stop being afraid!. Kita penentu masa depan. Masa depan ada di tangan kita.
Selagi kita tidak bersatu selagi itu kita akan terus hidup dalam keadaan yang 'kesian'.
Bah jadi??.. Jangan dikasi lama. Ini kali lah! harapan yang kita mw kasi jadi!.
"Take my hand and let's walk together".
Trust your self, you'll never walk alone. Cheers! Everyone!.
Friday, 1 November 2013
Mr.Y: “Sorry, I don’t play politic” ; Mr.Z: “But the politic plays you”
03:40
Borneo
,
Generasi Muda Negara Sarawak
,
Generasi Y
,
Nasionalisme
,
Negara Sarawak
,
Politik
,
Sarawakian
,
UVSB
2
comments
Borneo
States, Sabah and Sarawak
I
am a Sarawakian. I see Malaysia much differently with many others. Normally,
for peoples who understand the history of Malaysia fully based on “Buku Sejarah”
many of them will think that Malaysia is a country made of 13 states and gained
independence at 31 Ogos 1957. I know that there are many missing part for the
history in “Buku Sejarah”, therefore “Malaysia” in my understanding will be a new federation formed in 16 Sept 1963 by 4
Sovereign States which are Federation of Malaya, Sabah, Sarawak and Singapore (Singapore
pulled out in 1965).
There
were negotiations, agreements and also voices of rejection from the peoples
during the Formation of Malaysia. According to Lina Soo’s book, Sarawak The Real Deal, it reveals many shocking truths behind
the Formation which is unfair to Sarawak. Anyway, this new Federation was still
formed and basic foundation that made this to be happened was agreement between the 4 Sovereign
States. 50th year passed, we now should ask : “Does the federal government still/ever respect Malaysia Agreement
1963 after 50th year the Federation form?”
Sabah
and Sarawak which are rich in natural gases but 95% taken away, do you agree? I
believe we deserve 100% for what God have given to us in our own land.
Interestingly our Prime Minister had promised to pay more than 20% oil royalty
to Sabah Sarawak if Barisan National wins in GE13, where is the 20% now??
Politic plays you even you don’t play it
A
friend of mine told me: “Sorry, I don’t
play politic” when I was sharing some issue about injustices encountered by
Sarawak after the Formation of Malaysia, “but
the politic plays you” was what I replied. Where can you go to escape from
politic? When there are humans, there is politic, and your personal interest on
the politic will not make you to become an exceptional person who will not be
affected by the politic around you. You can’t escape from politic unless you
move away from humans, this is a fact and only things you can do would be
accept everything(positive and negative) that come from politic to you without
doing anything or do something.
You
don’t have to be a politician to affect the politic but politicians need you to
engage in politic. I think you may have heard about a political slogan of “People
are the BOSS”, yes we are, but what are we as boss doing now? As a Boss, we
have the authority to choose for our
employees, but don’t we forget that we actually have the responsibility to comment, teach, guide and lead our employees. Most
of the people do vote during the election, but when their employees do nothing,
they do nothing too.
Responsibility
of college student
Enjoying
campus life, hanging out with friends and playing a latest online game, these
are the life of most of the college students today. I am not saying is nothing
wrong because I know that collage life might be a most enjoyable period in our
life, once we graduate we have to wake up from our honeymoon life and face the reality
of the society. The bad thing is, most of the college students ignore on the “reality
of the society” totally. I believe that your teacher or parent has ever told
you to study hard and contribute to our society and nation, at least my teacher
has said something similar. “Contribute to our society and nation”, that is the
key point. How can we contribute to our society and nation if we study hard in
college at the same time learn to be cold blood on society and nation?
35th
President of the United States, John F.Kennedy said: "Ask not what your country can do for you - Ask what you can do for your country" and I agreed. We used to complaint about the government and our country but take no action to make a change because we have forgotten that a country is operated by society (human being) in different aspects and we re the human being. So, College/University students... Are you the Human Being???
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)










.jpg)

