Tambahan beliau lagi, tidak salah untuk menghebohkan 31 Ogos 1957 kepada umum tetapi ia harus memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan bukan Malaysia. Ini kerana Persekutuan Malaysia tidak pernah dijajah. Jadi, kalau tidak pernah dijajah, mengapa menyambut hari kemerdekaan? Jikalau anda mengatakan bahawa Persekutuan Malaysia pernah dijajah, negara dan kuasa manakah yang pernah menjajah Persekutuan Malaysia? Setahu saya, hanya negara-negara anggota dalam Persekutuan Malaysia sahaja yang pernah dijajah oleh British iaitu Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo), Negara Sarawak, Negara Singapura (telah disingkirkan oleh Malaya) dan juga Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).
Mengulasnya dengan lebih terperinci, mengapa tidak negara-negara dalam Persekutuan Malaysia merayakan Hari Kebangsaan negara masing-masing dan pada 16 September barulah bersama-sama merayakan Hari Pembentukkan Malaysia secara besar-besaran yang mana ia juga dikenali sebagai Malaysia Day. Ini kerana Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.
Sepanjang aktivitinya semalam, beliau mengatakan bahawa ada seorang lelaki samseng jalanan telah menghampiri dan mahu menyerangnya serta mengugut untuk mencederakan dengan menggunakan sebatang pembuka skru tayar kereta (spanar) atas alasan orang tersebut mahu melarangnya daripada meneruskan aktiviti penyebaran kesedaran tersebut. Namun, beliau mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang yang sedar untuk memberikan kesedaran kepada orang lain. Mengapa pula anda mahu menghalang? Saya tidak menggangu anda dan jangan menggangu saya juga.
Kejadian tersebut berlarutan sehingga ahli keluarga pihak samseng jalanan tersebut telah datang dan keadaan bertambah rumit. Akhirnya kes tersebut dibawakan ke Balai Polis Beaufort tetapi tidak direkodkan kerana lelaki samseng jalanan tersebut telah meminta maaf setelah menimbang segala risiko yang bakal dihadapi kerana tindakannya yang tidak menggunakan akal. Difahamkan lelaki tersebut merupakan orang samseng umno Beaufort.