We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Saturday 19 April 2014

Disebalik Pencerobohan Lahad Datu

LOGISTIK......Siapakah yang mereka buru dan kenapa tidak dapat mengesan kemasukan 76 orang tentera palsu Sultan Sulu setelah beratus ribu sudah lama bermastautin di Sabah, malah layak menerima BR1M.


Oleh : MUTALIB M.D

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.


Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Gambar Aziz Shamsuddin (umno) bersama dengan "Sultan" Esmail Dalus Kiram II

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Gambar Najib Razak (umno) bersama dengan "Sultan" Esmail Dalus Kiram II

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Gambar Abdullah Badawi (umno) bersama dengan "Sultan" Esmail Dalus Kiram II
Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Gambar Shafie Apdal (ahli umno) bersama dengan "Sultan" Esmail Dalus Kiram II
Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.
"Sultan" Jamalull Kiram III bergambar dengan  DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ketika dia ("Sultan Jamallul Kiram III") menghadiri majlis perkahwinan di malaya
Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali. 

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom. 

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.


(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)


sumber


______________________________________________


Laporan Saudara Mutalib amat signifikan dijadikan titik tolak penyiasatan untuk menamatkan drama PENCEROBOHAN kumpulan bersenjata yang mengakui sebagai tentera Kesultanan Sulu. 

Bagi pendapat saya sejak berita ini disiarkan di media massa, perkara utama yang terlintas dalam fikiran saya adalah bagaimana sebuah negara berdaulat seperti Malaysia dengan mudah di ceroboh oleh tentera asing, adakah pencerobohan ini wayang kerajaan atau didalangi oleh pihak-pihak berkepentingan? Namun pendedahan saudara Mutalib dapat menceritakann suasana sebenar peristiwa ini.

Rasionalnya bagaimana kumpulan ini boleh bertahan dan berkubu dikawasan yang di kepung oleh pihak keselamatan Malaysia. 

Adakah mereka telah bersedia dan mempunyai bekalan makanan yang cukup sehingga hari ini (15 hari) jika mereka tidak mempunyai hubungan dengan masyarakat setempat.

Kedua - saya amat yakin bahawa kumpulan penceroboh ini adalah merupakan mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan ( FILIFINA DAN MALAYSIA ) yang diperolehi melalui projek IC.

Ketiga - besar kemungkinan kerajaan Malaysia memang mengetahui rancangan ini sebelum peristiwa ini berlaku tetapi membiarkan atas sebab dijadikan strategi menghadapi pembangkang dalam PRU 13, dan

Keempat - untuk memberitahu kepada Dunia dan angota ASEAN bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang mementingkan rundingan bagi menghadapi konflik walaupun melibat ketenteraan untuk meningkatkan imej Kerajaan BN, yang telah tercemar khususnya melibatkan penyalahgunaan kuasa, penyelewengan & rasuah.

Andaian ketiga saya sememangnya ada kebenaran dan dibuktikan dalam Rancangan Soal Jawab TV3, Jam 11.00 malam, tarikh 27.2.2013 bertajuk PENCEROBOHAN ahli Panel Dr Candra Muzafar dan Mantan Lt General angkatan Tentera, yang mana perbincangan tersebut cuba mengaitkan PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU Sabah, seolah-olah didalangi oleh PEMBANGKANG bagi tujuan menghuru-harakan situasi kerana dilakukan dalam suasana PRU 13 semakin hampir. Inilah fitnah yang cuba dibuat oleh media.

Untuk lihat rancangn Soal Jawab TV3 itu, klik link ini & pilih Soal Jawab episod 6

Apa pula pandangan anda?

Berikan pandangan di bahagian komen... 


Thursday 17 April 2014

DUN Speaker Sabah MENOLAK USUL "Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah"

Pada tarikh 14 April 2014 bersamaan dengan hari Isnin, satu Perhimpunan Aman telah dilakukan oleh sekumpulan orang awam bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap dua usul yang ingin dibentangkan  oleh YB Datuk Dr.Jeffrey G. Kitingan.

Beberapa orang awam sudah berkumpul seawal jam 8.30 pagi di luar pagar DUN. Di sebabkan orang awam tidak berpakaian formal, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk menyaksikan persidangan pada hari tersebut. Keadaan di luar pagar DUN Sabah, lebih kurang jam 9.15 pagi, bilangan orang yang datang semakin bertambah, dalam anggaran lebih daripada 60 orang yang hadir.  Yang hadir terdiri daripada golongan generasi muda dan veteran. 

Disebabkan hanya mereka yang berpakaian formal ketika itu dibenarkan masuk, saya dan beberapa rakan berkesempatan untuk turut serta dalam menyaksikan Persidangan di Dewan Undangan Negeri (NEGARA). Tepat pada jam 10.00 pagi, Persidangan telah bermula dengan bacaan doa dan seterusnya pembentangan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Sabah, diikuti dengan Menteri yang lain dan seterusnya ADUN. ADUN dari Kelab Penyokong Kerajaan (Backbenchers) Negeri Melaka yang diketuai oleh Speaker DUN Melaka ketika itu telah datang berkunjung dan turut serta dalam dewan menyaksikan Persidangan tersebut.

Saya dan beberapa rakan yang lainnya datang hanya untuk menyaksikan dan menyokong dua usul yang ingin dibentangkan oleh YB.Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan, iaitu usul mengenai “Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas Negara Sabah” tapi malangnya pembentangan ditolak oleh Tuan Speaker atas alasan lambat dan tidak diterangkan atas peraturan apa yang digunakan untuk membentangkan usul tersebut.


Mendengar Tuan Speaker berkata demikian, terpancar kekecewaan di wajah-wajah beberapa rakan yang turut hadir dalam dewan ketika itu. Dalam hati pasti ada yang tertanya-tanya mengapa usul yang ingin dibentangkan tidak diterima. Kalau dikatakan ianya tidak penting, itu sesekali tidak masuk akal, sebab kenapa? Sebab usul yang ingin dibentangkan itu adalah soal kepentingan rakyat Negara Sabah dan juga untuk kepentingan generasi yang akan datang.

Walaubagaimanapun, Persidangan tetap diteruskan dengan membincangkan dan membentangkan usul yang dibawa oleh ADUN masing-masing. Dalam Persidangan tersebut, walaupun usul yang ingin dibentangkan oleh YB. Datuk Dr.Jeffery G.Kitingan tidak dapat dibentangkan, beliau tetap menyelitkan soal mengenai hak-hak dalam setiap sesi soal jawab sepanjang berada di dalam dewan tersebut.

Dan kira-kira jam 5.00 petang, Persidangan pada hari tersebut telah berakhir. Walaupun di dalam Dewan Undangan Negeri (NEGARA), motion ditolak atas alasan ataupun masalah teknikal tetapi, ketika  berada diluar pagar Dewan Undanga Negeri (NEGARA), Pejuang berjaya menyerahkan memorendum berkaitan kepada kedua-dua Timbalan Speaker DUN iaitu Datuk Johnny Mositon dan Datuk Johnson Tee.


Tahniah kepada Pejuang-pejuang dan terima kasih kepada warga Sabahan yang sentiasa menyokong. Teruskan menyokong. Ini baru permulaan. Kepada generasi muda Sabahan, mari bangkit bersama menuntut Hak kita yang sudah dirampas oleh si penjajah. Jangan takut sebab kita tidak akan berjalan sendiri. “You’ll Never Walk Alone” Come together we fight for our right. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi? BAH ! HARAPAN !


Tak kan mau yang ‘mumu-mumu’ lagi kita dapat kan?. Belum terlambat kalau kau, saya dan kita bersatu. Come Sabahan!!



Friday 11 April 2014

Rakyat Negara Sabah menyokong sepenuhnya Usul Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia dan Hak Pemilikan Minyak dan Gas

Kota Kinabalu: Satu Undian rawak secara online telah dijalankan oleh sebuah Page Facebook yang bernama "The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia" telah menarik perhatian sebanyak 1409 orang untuk menyatakan sokongan mereka terhadap usul yang bakal dibawakan oleh seorang YB daripada Negara Sabah iaitu YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Usul yang bakal dibawakan oleh beliau adalah usul "Mengkaji Semula Perjanjian Malaysia 1963" dan "Hak Pemilikan Minyak & Gas". Diramalkan melalui kenyataan yang disampaikan oleh beliau baru-baru ini, usul ini akan dibentangkan pada 14 April dan 17 April 2014.

Sebaik sahaja Undian secara online dipaparkan dalam Page Facebook tersebut pada 3 April 2014, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakan di Negara Sabah mahupun di Negara Sarawak. Jumlah yang telah dikongsikan adalah sebanyak 873 dan jumlah "like" adalah sebanyak 2763.

Daripada 1,409 jumlah orang yang telah mengundi secara online, sebanyak 15 orang sahaja yang "Tidak" bersetuju untuk usul ini dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah manakala sebanyak 1,394 orang telah bersetuju untuk usul ini dibentangkan di DUN Sabah. Secara peratusannya, hanya 1.1% sahaja yang menentang akan usul ini manakala sebanyak 98.9% orang menyokong akan usul ini dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Daripada komen-komen yang diberikan dalam Page Facebook dibawah pos Undian online ini dan juga salah satu poster mengenai kenyataan YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan berhubung usul tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan. Beberapa pengguna Facebook telah memberikan pandangan mereka terhadap usul ini.

En.Rayner salah seorang pengguna Facebook telah memberikan komennya dengan mengatakan bahawa demi Hak Sabahan dan kepentingan semua Sabahan. Sekarang dan masa depan generasi Sabahan yang mana Sabah telah sama-sama membentuk Persekutuan Malaysia. Saya setuju 100%. En.Roslan Kuruak Mohd Roslan juga seorang pengguna halaman social tersebut mengatakan bahawa sudah tiba masanya kita lenyapkan kuasa malaya keatas negara kita, Sabah. Sudah waktunya orang kita menikmati hasil bumi sendiri tanpa campurtangan malaya. Saya sokong 100% Manakala En.Pete Malone Petrus juga menyokong kenyataan mereka dan juga usul tersebut melalui komennya iaitu beliau mengatakan bahawa kalaulah Negara Sabah dan Negara Sarawak dapat dijaga kemajuan dan pembangunannya, tiada juga kita bising isu ini. This is 13 Mei all over again. Jelas jurang perbezaan ekonomi kita dengan Malaya. Ini sudahlah miskin, hak pun tidak kena hormat. Memang natural lah rakyat mahu revolt bangkit. Jangan risau Dr.Jeffrey. Sejuta Rakyat Negara Sabah dibelakang Datuk.


Kesimpulan yang dapat dibuat daripada undian online ini ialah rakyat Negara Sabah menyokong penuh usul-usul yang dibawakan oleh YB.Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan ke DUN Sabah. Sokongan penuh ini harus dipandang serius oleh Dewan Speaker DUN Sabah agar tidak menolak usul-usul tersebut. Penolakkan usul-usul ini bakal mengundang pelbagai spekulasi yang negatif. Usul ini juga tidak mengira parti-parti politik untuk menyokongnya kerana ia bersifat neutral dan harus mendapat sokongan penuh oleh semua pemimpin-pemimpin Negara Sabah. Ia bakal melakar sejarah baru untuk menjadi renungan kepada Generasi Muda dimasa depan. Maka dengan itu, semua pemimpin dimohon untuk melakukan yang terbaik untuk Bangsa Negara Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...