We Rise Together To Protect Our Beloved Country

We will protect our Country, Sabah!We will not let outsider to manipulate our life in Borneo! Sabah for Sabahan! Sarawak for Sarawakian!

Monday 27 May 2013

Taat Sumpah Bangsa Negara Sabah! Adakah ia masih merupakan satu kewajipan untuk dipatuhi?


Pihak UVSB dengan bangganya ingin persembahkan anda tentang satu sejarah yang sangat penting yang mesti diketahuai oleh semua bangsa Negara Sabah...Ia adalah berkenaan dengan Batu Bersumpah di Keningau. UVSB telah membuat liputan media dan sila tonton hasil kerja ini. Setelah anda menontonnya, sila kongsikan video ini melalui FB anda. Dalam erti kata lain... Sila sebarkanya... Terima kasih.

Pejuang Bangsa Negara Sabah (North Borneo @ Borneo Utara) semasa Penjajahan Jepun




Kepada semua Bangsa Negara Sabah... Pernahkah anda mendengar nama Albert Kwok? Kinabalu Guerrilla atau Gerila Kinabalu? Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan antara Seorang Pejuang Kebangsaan Negara Sabah (North Borneo atau Borneo Utara) semasa Zaman Penjajahan Jepun.

Persoalannya... Mengapa tiada penghargaan yang diberikan kepada Pejuang-pejuang Negara kita, Sabah? Dimanakah tanda kesyukuran dan terima kasih kita kepada mereka-mereka yang telah menggadaikan nyawa demi kita semua???

Apakah kita merupakan Generasi yang tidak mempunyai sikap berterima kasih dan seterusnya mengabaikan saja perjuangan dan pengorbanan mereka?

Sila sebarkan mesej ini sebagai Tanda Penghormatan anda kepada Beliau dan rakan-rakan mereka yang telah tumbang semasa mempertahankan Negara kita, Negara Sabah!

Saturday 18 May 2013

Mari kita DAFTAR MENGUNDI!!! Ini kali lah kita MENGUNDI UNTUK PRU-14!!!



Mari kita DAFTAR MENGUNDI!!! Ini kali lah kita MENGUNDI UNTUK PRU-14!!!

Tolong sebarkan mesej ini untuk GENERASI MUDA NEGARA SABAH!!!

Siapakah Generasi Muda Negara Sabah??? Mereka yang berada daripada tahun 1977-1997. Mereka kini sudah berumur 16 tahun sehingga 36 tahun. Golongan ini lah yang terbanyak sekarang dalam populasi Negara Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Maka, jikalau anda sudah mencapai umur 21 tahun, sila daftarkan diri anda mengundi di Pejabat pendaftaran Daerah, pejabat pos atau terus kepada Pejabat Pilihan Raya di KK... Mini Putrajaya...

Wednesday 8 May 2013

Saat yang mengubah pandangan dan hidup saya mengenai Negara ku, Sabah...


Pada 4 April 2013, satu program ceramah anjuran “United Varsity Student Of Borneo” telah diadakan di Sabah Goft and Country Club. Ahli yang menyertai program ini terdiri daripada golongan intelektual iaitu di kalangan pelajar Universiti. Program telah di mulakan pada jam 2.00 petang. Semua ahli telah berkumpul seawal jam 12.00 tengah hari untuk bertolak ke Sabah Golf and Country Club untuk menghadiri majlis tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...